Monday, June 21, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 6


15hb jan 2010. disini, regim khalid ibrahim mula melakukan aksi pembohongan politik.lebih hodoh apabila regim khalid cuba untuk menafikan hak YBK sedangkan dalam peruntukan undang-undang YBK jelas termaktub didalam akta amanah ordinan 1952,bukannya termaktub dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor telah mengemukakan laporan bertulis mengenai kedudukan kewangan dan program yang dilaksanakannya untuk golongan miskin di negeri itu kepada Exco-Exco kerajaan negeri tahun lepas.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, laporan itu diserahkan dalam satu mesyuarat dengan Exco-Exco berkenaan.

"Memang kita pernah bentangkan laporan YBK kepada Exco kerajaan negeri tahun lepas dalam satu mesyuarat yang diadakan. Malangnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menyertai pertemuan tersebut.

"Semalam beliau (Abdul Khalid) mengatakan YBK tidak pernah mengemukakan laporan mengenai status yayasan ini kepada kerajaan negeri,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan Abdul Khalid bahawa YBK tidak telus dalam melaksanakan peranannya membantu mengurangkan masalah kemiskinan di negeri itu.

Tuduhan itu dibuat selepas yayasan itu menolak syarat kerajaan negeri supaya melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi YBK untuk kelulusan projek pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik yayasan itu di Serendah.

Menurut Abdul Khalid, YBK tidak pernah mengumumkan program atau perbelanjaannya dalam usaha membasmi kemiskinan kepada kerajaan negeri pimpinannya sedangkan dana dan harta yang dimiliki YBK hari ini adalah sumbangan kerajaan negeri terdahulu.

Zainal Abidin menegaskan, tuduhan Abdul Khalid itu tidak berasas dan dibuat untuk melengah-lengahkan kelulusan pembinaan kampus UiTM di Serendah.Jelasnya, Menteri Besar seharusnya memeriksa terlebih dahulu laman web YBK, www.ybk.org.my yang menyiarkan segala laporan kewangan serta programnya sepanjang tahun sebelum membuat tuduhan tersebut.

Beliau menjelaskan, YBK yang ditubuhkan pada 1990 adalah tertakluk di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952.

Katanya, di bawah akta tersebut kerajaan negeri termasuk Menteri Besar tidak ada keutamaan untuk meminta YBK melaporkan kedudukan kewangan atau program yang dijalankan.

"Kecualilah mahkamah, Kementerian Kewangan atau Lembaga Pemegang Amanah YBK meminta supaya berbuat demikian," ujarnya. Namun jelasnya, YBK tetap mengemukakan laporan kepada kerajaan negeri seperti yang dilakukan sebelum ini atas rasa tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment