Monday, June 28, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 8

Kampus YBK pindah ke Melaka - 25/1/2010

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan dibina oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor dipindahkan ke Jasin, Melaka.

Menurutnya, cadangan asal pembinaan kampus itu yang sepatutnya didirikan di Serendah, Rawang telah dibatalkan ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek tersebut.

"Isu ini sebenarnya cuma melibatkan persoalan tapak untuk membina kampus UiTM dan ia bukannya berkaitan dengan ketelusan tender seperti yang dipersoal oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Persatuan Kebangsaan IPTS (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) Bumiputra Malaysia (PKIBM) 2010 di sini hari ini.

Masalah kelulusan tapak itu bermula apabila YBK enggan mengikut syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu mesti melantik Menteri Besar dan seorang Exco sebagai anggota dalam lembaga yayasan tersebut.

No comments:

Post a Comment