Tuesday, July 6, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 10


Shah Alam - YBK dipimpin oleh Dato Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, warga kerja YBK, Alumni Pusat Latihan YBK, anak-anak Asrama Kasih serta beberapa NGO berhimpun di hadapan Balai Polis IPD Shah Alam telah membuat laporan polis berkenaan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

KENYATAAN MEDIA
YAYASAN BASMI KEMISKINAN
29 Januari 2010

Kami menbuat laporan-laporan polis tersebut agar pihak Polis DiRaja Malaysia dapat melakukan siasatan terperinci terhadap beberapa isi kandungan kenyataan-kenyataan media yang telah dibuat oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor melalui Setiausaha Politiknya dan Sekretariat Akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Kami memandang serius terhadap segala tuduhan dan kenyataan-kenyataan tersebut yang telah dilemparkan kepada organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan. Yayasan Basmi Kemiskinan hanyalah bermatlamatkan sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang prihatin dan luhur dalam membantu dan mengatasi masalah kemiskinan di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Kami percaya bahawa kenyataan-kenyataan media tersebut yang disebarkan kepada media dan kemudiannya telah dilaporkan di akhbar-akhbar perdana adalah palsu, fitnah, berniat jahat, berunsur jenayah dan bermotifkan politik semata-mata. Akibat daripada kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah tersebut, segala imej dan reputasi termasuk seluruh warga organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan telah tercemar.

Oleh yang demikian, di atas kesedaran betapa perlunya maruah Yayasan Basmi Kemiskinan dipelihara dan untuk membersihkan imej, reputasi dan nama baik Yayasan Basmi Kemiskinan, kami membuat laporan polis ini agar pihak polis memulakan siasatan dan mengenalpasti mereka yang berniat jahat ini dengan kenyataan-kenyataan, tuduhan, tohmahan dan fitnah yang tidak berasas sama sekali tersebut dan tidak bertanggungjawab.

Dato’ Haji Zainal Abidin Bin Haji Sakom
( Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan )

1 comment:

  1. Salam Bro kisahbenarybk,

    Terus menulis agar rakyat tahu apa yang berlaku sebenarnya.

    Kepada penyokong fuckatan haram, kembalilah ke pangkal jalan.

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete