
15hb jan 2010. disini, regim khalid ibrahim mula melakukan aksi pembohongan politik.lebih hodoh apabila regim khalid cuba untuk menafikan hak YBK sedangkan dalam peruntukan undang-undang  YBK jelas termaktub didalam akta amanah ordinan 1952,bukannya termaktub dalam bidang kuasa kerajaan negeri.
Yayasan Basmi  Kemiskinan (YBK) Selangor  telah mengemukakan laporan bertulis mengenai  kedudukan kewangan dan program  yang dilaksanakannya untuk golongan  miskin di negeri itu kepada Exco-Exco  kerajaan negeri tahun lepas.
               Pengerusinya,  Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, laporan  itu diserahkan dalam satu mesyuarat  dengan Exco-Exco berkenaan.
"Memang  kita pernah bentangkan laporan YBK kepada Exco kerajaan  negeri tahun lepas  dalam satu mesyuarat yang diadakan. Malangnya  Menteri Besar, Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim tidak menyertai pertemuan  tersebut.
"Semalam  beliau (Abdul Khalid) mengatakan YBK tidak pernah  mengemukakan laporan mengenai  status yayasan ini kepada kerajaan  negeri,'' katanya ketika dihubungi di sini  semalam.
Beliau  berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan  Abdul Khalid bahawa YBK tidak  telus dalam melaksanakan peranannya  membantu mengurangkan masalah kemiskinan di  negeri itu. 
Tuduhan  itu dibuat selepas yayasan itu menolak syarat  kerajaan negeri supaya melantik  Menteri Besar sebagai Pengerusi YBK  untuk kelulusan projek pembangunan kampus  Universiti Teknologi Mara  (UiTM) di atas tanah milik yayasan itu di Serendah.
Menurut  Abdul Khalid, YBK tidak pernah mengumumkan  program atau perbelanjaannya dalam  usaha membasmi kemiskinan kepada  kerajaan negeri pimpinannya sedangkan dana dan  harta yang dimiliki YBK  hari ini adalah sumbangan kerajaan negeri terdahulu.
Zainal  Abidin menegaskan, tuduhan Abdul Khalid itu tidak  berasas dan dibuat untuk  melengah-lengahkan kelulusan pembinaan kampus  UiTM di Serendah.Jelasnya,  Menteri Besar seharusnya memeriksa terlebih  dahulu laman web YBK, www.ybk.org.my yang menyiarkan segala  laporan kewangan serta programnya  sepanjang tahun sebelum membuat  tuduhan tersebut. 
Beliau  menjelaskan, YBK yang ditubuhkan pada 1990 adalah  tertakluk di bawah Akta  Amanah, Ordinan 1952.
Katanya,  di bawah akta tersebut kerajaan negeri termasuk  Menteri Besar tidak ada  keutamaan untuk meminta YBK melaporkan  kedudukan kewangan atau program yang  dijalankan.
"Kecualilah  mahkamah, Kementerian Kewangan atau Lembaga Pemegang  Amanah YBK meminta supaya  berbuat demikian," ujarnya. Namun  jelasnya, YBK tetap mengemukakan laporan kepada  kerajaan negeri seperti yang  dilakukan sebelum ini atas rasa  tanggungjawab.