Thursday, July 22, 2010

YBK DAN IKYS MANGSA KEZALIMAN PAKATAN !

terimakasih kepada bloger gap kerana menimbulkan kembali isu ybk dalam serangan terbaru dalam blog gerakan anti pkr.

memang benar apa yang dikata, mengapa kerana ianya gerakan membantu bangsa melayu,pakatan selangor tanpa segan silu cuba untuk menghapuskannya ?

kenapa begitu rasis terhadap bangsa melayu ? KLIK SINI

Wednesday, July 14, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 11



inilah tapak cadangan pembinaan kampus UITM serendah yang YBK cadangkan. disini kiranya ia sudah terbina, bukan sekadar anak orang umno je boleh belajar, malah anak orang pas dan keldaian jugak boleh dapat hak belajar.

tapi hak bangsa ini dinafikan oleh kalid gagap dan sekutu komunisnya dalam exco kerajaan negeri. tolong sebarkan video ini. ada banyak lagi info jasa YBK yang akan kami dedahkan.insyaallah.

Monday, July 12, 2010

UMAT ISLAM BERARAK PERTAHAN YBK !

kemarahan rakyat selangor terhadap kerajaan pakatan yang dilihat cukup zalim membuli YBK sudah tidak dapat dibendung lagi. jumaat 12 februari 2010, satu perarakan besar umat islam selepas solat jumaat telah dilakukan.

rakyat berarak daripada perkarangan masjid negeri menuju ke pintu masuk utama pejabat SUK negeri. perhatikan gambar dibawah. perarakan ini menuntut 6 perkara !







6 tuntutan memorandum umno selangor,perkasa dan puluhan NGO melayu

1) mendesak supaya kalid gagap tidak angkuh,sombong,berdendam,dan menyalahgunakan peruntukan kanun tanah apabila memulangkan bayaran cukai tanah yayasan basmi kemiskinan (YBK) denga niat untuk merampas kembali tanah bagi pembinaan kampus barui uitm di serendah selangor.

2) menolak sekeras-kerasnya tindakan kalid gagap dalam membuat keputusan politik yang mengenepikan hak-hak orang melayu di daerah hulu selangor khususnya dan negeri selangor amnya.

3) menyokong sepenuhnya peranan dan fungsi YBK , adalah satu NGO yang ditubuhkan di bawak akta amanah,dibawah ordinan 1952 dengan matlamat membantu kerajaan membasmi kemiskinan tegar di negeri selangor.

4) menyelar tindakan kalid gagap yang sanggup menyelamatkan syarikat talam corporation dengan melibatkan kewangan kerajaan negeri sebanyak RM391 juta yang tidak memberikan apa apa faedah kepada rakyat selangor.

5) mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan anwar selaku penasihat ekonomi negeri selangor yang menyokong penggunaaan kalimah ALLAH oleh bukan islam yang mana secara terang terangan telah bercanggah dengan titah perkenan duli yang maha mulia tuanku sultan selangor.

6)menzahirkan rasa kekecewaan terhadap sikap pkr dan pas yang tunduk kepada kemahuan dap dan menggambarkan kalid gagap selaku mb boneka dap.

Tuesday, July 6, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 10


Shah Alam - YBK dipimpin oleh Dato Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, warga kerja YBK, Alumni Pusat Latihan YBK, anak-anak Asrama Kasih serta beberapa NGO berhimpun di hadapan Balai Polis IPD Shah Alam telah membuat laporan polis berkenaan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

KENYATAAN MEDIA
YAYASAN BASMI KEMISKINAN
29 Januari 2010

Kami menbuat laporan-laporan polis tersebut agar pihak Polis DiRaja Malaysia dapat melakukan siasatan terperinci terhadap beberapa isi kandungan kenyataan-kenyataan media yang telah dibuat oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor melalui Setiausaha Politiknya dan Sekretariat Akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Kami memandang serius terhadap segala tuduhan dan kenyataan-kenyataan tersebut yang telah dilemparkan kepada organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan. Yayasan Basmi Kemiskinan hanyalah bermatlamatkan sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang prihatin dan luhur dalam membantu dan mengatasi masalah kemiskinan di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Kami percaya bahawa kenyataan-kenyataan media tersebut yang disebarkan kepada media dan kemudiannya telah dilaporkan di akhbar-akhbar perdana adalah palsu, fitnah, berniat jahat, berunsur jenayah dan bermotifkan politik semata-mata. Akibat daripada kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah tersebut, segala imej dan reputasi termasuk seluruh warga organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan telah tercemar.

Oleh yang demikian, di atas kesedaran betapa perlunya maruah Yayasan Basmi Kemiskinan dipelihara dan untuk membersihkan imej, reputasi dan nama baik Yayasan Basmi Kemiskinan, kami membuat laporan polis ini agar pihak polis memulakan siasatan dan mengenalpasti mereka yang berniat jahat ini dengan kenyataan-kenyataan, tuduhan, tohmahan dan fitnah yang tidak berasas sama sekali tersebut dan tidak bertanggungjawab.

Dato’ Haji Zainal Abidin Bin Haji Sakom
( Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan )

Wednesday, June 30, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 9

lawatan YBK ke tapak cadangan UITM di melaka.lawatan ini dilakukan pada 28hb januari 2010.

Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Serendah boleh dianggap menolak rezeki dan menafikan masyarakat peluang menikmati pembangunan.

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, akibat penafian itu, orang Selangor yang sekian lama menanti kemasukan sebuah universiti di Hulu Selangor terpaksa berputih mata.

menurutnya, dengan kuasa dipegangnya, Abdul Khalid seharusnya menjadi fasilitator kepada projek pembangunan, tetapi sebaliknya beliau menjadi penyekat pembangunan sebuah negeri.Ini suatu yang tidak pernah dibuat orang menolak rezeki.

'Saya melihat tindakan Kerajaan Selangor ini sebagai menolak satu pembangunan yang sepatutnya diterima orang kawasan Serendah.

“Gagalnya seorang Menteri Besar melaksanakan tugasnya maka saya menganggap ini sebagai satu dosa. Seorang pemimpin mesti ingat, dia akan berada di tempat itu hanya untuk masa yang ditentukan. Pada waktu kita diberikan tugas melaksanakan amanah, kita sepatutnya memaksimumkan peluang untuk membangunkan negeri kita, bukannya menahan.

Kita melihat pembangunan tanah di Serendah ini akan memberi keuntungan kepada kita dan seterusnya membantu dalam program basmi kemiskinan. Tetapi itu hanya cita-cita yang tidak dapat dilaksanakan kerana telah disekat oleh satu kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa lawatan ke tapak UiTM di Kampung Seri Mendapat, Semujuk, dekat sini, semalam.Isnin lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa kampus baru UiTM yang akan dibina oleh YBK Selangor di Serendah dipindahkan ke sini.

Monday, June 28, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 8

Kampus YBK pindah ke Melaka - 25/1/2010

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan dibina oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor dipindahkan ke Jasin, Melaka.

Menurutnya, cadangan asal pembinaan kampus itu yang sepatutnya didirikan di Serendah, Rawang telah dibatalkan ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek tersebut.

"Isu ini sebenarnya cuma melibatkan persoalan tapak untuk membina kampus UiTM dan ia bukannya berkaitan dengan ketelusan tender seperti yang dipersoal oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Persatuan Kebangsaan IPTS (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) Bumiputra Malaysia (PKIBM) 2010 di sini hari ini.

Masalah kelulusan tapak itu bermula apabila YBK enggan mengikut syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu mesti melantik Menteri Besar dan seorang Exco sebagai anggota dalam lembaga yayasan tersebut.

Thursday, June 24, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 7

21 jan 2010.

keadaan semakin panas.sikap biadap regim khalid dan barisan exconya semakin melampau.

sikap politik mereka berlandaskan nafsu melampau malah melanggar janji manifesto sendiri apabila HAK SEBENAR RAKYAT telah dizalimi !

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, didakwa ingin memegang jawatan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor kerana mahu menguasai projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) bernilai RM300 juta.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata selama 20 tahun YBK ditubuhkan tiada pihak campur tangan dalam pertubuhan itu sehingga Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) mendapat projek pembinaan kampus UiTM.

“Tindakan (Khalid) ini lebih kepada emosi, mudah saja kerana Pengerusi YBK kini ialah ahli Umno seumur hidup. Khalid juga mahu menjadi pengerusi yayasan ini kerana YBK mendapat projek membina UiTM bernilai RM300 juta.

“Kononnya projek RM300 juta tidak mampu ditadbir YBK, yang mampu hanyalah Khalid kerana orang lain juga tidak telus dan yang telus hanyalah Khalid,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini Zainal dilaporkan berkata, YBK tidak akan tunduk kepada ugutan kerajaan negeri yang ingin menyekat segala kegiatan yayasan jika tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Yayasan yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, bercadang untuk membangunkan tanah seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah, Rawang menerusi tanah miliknya yang dianugerahkan kerajaan negeri terdahulu sekitar 1995.

Mengulas kenyataan Khalid bahawa laporan audit yang memperincikan operasi YBK termasuk jumlah dana dan harta disumbangkan kerajaan negeri serta bagaimana ia digunakan untuk membantu golongan miskin dijangka siap akhir bulan ini bagi menyelesaikan kontroversi berkenaan, Zainal berkata, sehingga kini kerajaan negeri belum menghantar surat rasmi bagi memaklumkan audit terhadap pertubuhan berkenaan.

“Belum ada surat dihantar kepada YBK berhubung perkara itu (audit), cuma yang ada hanya surat untuk Khalid ambil alih jawatan pengerusi dan merampas tanah YBK.

“Apa yang didakwa Khalid (audit) itu hanya bersifat politik. Kalau beliau jumpa benda tidak elok dalam YBK laporkan saja kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, sejak penubuhannya, YBK mampu bergerak sendiri dalam mencari pendapatan sehingga menjadi pertubuhan yang pesat berkembang dan laporan perkembangannya turut diserahkan kepada pengasasnya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Monday, June 21, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 6


15hb jan 2010. disini, regim khalid ibrahim mula melakukan aksi pembohongan politik.lebih hodoh apabila regim khalid cuba untuk menafikan hak YBK sedangkan dalam peruntukan undang-undang YBK jelas termaktub didalam akta amanah ordinan 1952,bukannya termaktub dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor telah mengemukakan laporan bertulis mengenai kedudukan kewangan dan program yang dilaksanakannya untuk golongan miskin di negeri itu kepada Exco-Exco kerajaan negeri tahun lepas.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, laporan itu diserahkan dalam satu mesyuarat dengan Exco-Exco berkenaan.

"Memang kita pernah bentangkan laporan YBK kepada Exco kerajaan negeri tahun lepas dalam satu mesyuarat yang diadakan. Malangnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menyertai pertemuan tersebut.

"Semalam beliau (Abdul Khalid) mengatakan YBK tidak pernah mengemukakan laporan mengenai status yayasan ini kepada kerajaan negeri,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan Abdul Khalid bahawa YBK tidak telus dalam melaksanakan peranannya membantu mengurangkan masalah kemiskinan di negeri itu.

Tuduhan itu dibuat selepas yayasan itu menolak syarat kerajaan negeri supaya melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi YBK untuk kelulusan projek pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik yayasan itu di Serendah.

Menurut Abdul Khalid, YBK tidak pernah mengumumkan program atau perbelanjaannya dalam usaha membasmi kemiskinan kepada kerajaan negeri pimpinannya sedangkan dana dan harta yang dimiliki YBK hari ini adalah sumbangan kerajaan negeri terdahulu.

Zainal Abidin menegaskan, tuduhan Abdul Khalid itu tidak berasas dan dibuat untuk melengah-lengahkan kelulusan pembinaan kampus UiTM di Serendah.Jelasnya, Menteri Besar seharusnya memeriksa terlebih dahulu laman web YBK, www.ybk.org.my yang menyiarkan segala laporan kewangan serta programnya sepanjang tahun sebelum membuat tuduhan tersebut.

Beliau menjelaskan, YBK yang ditubuhkan pada 1990 adalah tertakluk di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952.

Katanya, di bawah akta tersebut kerajaan negeri termasuk Menteri Besar tidak ada keutamaan untuk meminta YBK melaporkan kedudukan kewangan atau program yang dijalankan.

"Kecualilah mahkamah, Kementerian Kewangan atau Lembaga Pemegang Amanah YBK meminta supaya berbuat demikian," ujarnya. Namun jelasnya, YBK tetap mengemukakan laporan kepada kerajaan negeri seperti yang dilakukan sebelum ini atas rasa tanggungjawab.

Friday, June 18, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 5

14 jan 2010.bahagian ke 5 kronologi rampasan bermula.

setelah regim pakatan selangor menutup ruang untuk YBK membina kampus UITM serendah, akhirnya kerajaan negeri melaka di bawah pimpinan ketua menteri dato seri ali rustam dengan hati terbuka menawarkan tapak untuk YBK membina kampus tersebut di melaka.

Sambil berharap tawaran itu dipersetujui YBK, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri telah menyediakan satu kawasan seluas 87.2 hektar di Semujuk, Jasin dekat sini bagi pembinaan kampus tersebut.

Menurutnya, jika YBK bersetuju dengan tawaran itu, mereka boleh memulakan kerja pembinaan pada tahun ini juga."Kita juga telah menghantar surat kepada yayasan berkenaan dan pada dasarnya, mereka sudah bersetuju.

"Kini, kita hanya menunggu keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada meluluskannya atau tidak," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini tentang YBK yang mungkin mencari tapak lain bagi membina kampus baru itu ekoran masalah yang dihadapi dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

YBK yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, bercadang membangunkan tanah seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah menerusi tanah miliknya yang dianugerahkan kerajaan negeri Selangor pada 1995.

Proses untuk memulakan projek itu sudah pun dimulakan oleh anak syarikatnya, Permodalan YBK Sdn. Bhd. (PYBK) dan telah mendapat kelulusan pelbagai pihak termasuk majlis daerah.

Tuesday, June 15, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 4

12 JAN. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH TERIMA ADUAN.

rakyat diajak untuk meneliti kronologi cubaan merampas hak YBK yang dilakukan oleh regim khalid ibrahim. artikel ini adalah siri sambungan pendedahan rampasan.

sebuah NGO yang digelar bersih bangun selangor (BEBAS) telah membuat laporan kepad SPRM di atas tindakan menteri besar selangor yang didakwa menyalahgunakan kuasa.

pengerusi NGO tersebut mendakwa ada terdapat elemen ugutan dalam tatacara regim pakatan selangor cuba merampas hak YBK.

khalid ibrahim seperti biasa,mempertahankan usaha zalimnya.

disinilah saat bermulanya penglibatan seluruh rakyat selangor mempertahankan perjuangan YBK daripada dizalimi oleh regim pakatan selangor !

Friday, June 11, 2010

GELARAN BARU KSSB ?

KSSB (kumpulan semesta sdn bhd) anak syarikat kerajaan negeri regim khalid yang paling beruntung. beruntung bukan kerana dia pandai berniaga,tapi beruntung kerana walaupun tak tahu buat kerja, bonus ratusan ribu di dapat.

KSSB kerjanya korek pasir. tapi hasil korek pasir entah kemana,

HASIL perlombongan pasir yang bernilai RM120 juta adalah angka yang dijanjikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor pada tahun lalu. Hasil itu diperoleh menerusi syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., (KSSB) iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang diberi tanggungjawab untuk kegiatan tersebut.

Janji dikukuhkan lagi dengan hebahan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memberi gambaran indah bahawa kerajaan negeri memiliki sumber kewangan kukuh untuk membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang masih melata di negeri ini.

Maklumat itu sentiasa dijaja kepada masyarakat bahawa banyak pembangunan akan dan sedang dilakukan kerana keuntungan itu akan disalurkan untuk menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Malah antara tujuan utama KSSB ditubuhkan pada Jun 2008 adalah untuk membantu kerajaan negeri menjayakan MES sebaik sahaja pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor.

Hampir setahun hebahan dan janji-janji itu ditabur, tetapi hakikat sebenarnya jauh daripada realiti apabila perolehan KSSB pada 2009 hanya mencecah RM10 juta sebelum cukai.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Ir. Ramli Abdul Majeed, setelah ditolak cukai sebanyak RM8 juta yang menjadi milik syarikat, hanya RM1.3 juta diserahkan kepada kerajaan negeri untuk MES.

Pendedahan pada pendengaran awam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pada minggu lalu memang mengejutkan.

Akhirnya, tembelang kerajaan negeri terbongkar apabila dimaklumkan bahawa jika hasil RM120 juta itu masih mahu dicapai, maka KSSB perlu menggali 66 juta metrik tan pasir setahun atau menjual 5.5 juta metrik pasir sebulan.

Apa yang menghampakan rakyat, KSSB kini hanya mampu menjual 17 tan metrik pasir setahun dan royalti kepada kerajaan negeri hanya RM31 juta.

Inilah hakikat sebenar yang rakyat perlu tahu dan angka-angka itu keluar dari mulut bos KSSB sendiri yang fokusnya bisnes, tiada unsur politik atau untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.

Ramli yang berpengalaman luas dalam bidang perlombongan dan kepakarannya diiktiraf di peringkat antarabangsa memberi gambaran menggerikan dan mungkin tidak pernah terfikir oleh sesiapa pun.

Katanya, jika 66 juta metrik tan pasir digali, akhirnya Selangor akan menjadi sebuah negeri yang memiliki lubang yang amat besar sehinggakan rakyatnya tiada tempat untuk tinggal. Bayangkanlah jika ia betul-betul berlaku.

Sebenarnya fakta inilah yang disembunyikan kepada rakyat bahawa hasil perlombongan pasir boleh mencecah RM120 juta setahun tetapi natijahnya Selangor musnah menjadi satu lompang besar.

Fakta kerajaan negeri dan KSSB itu sepatutnya membuka mata rakyat untuk menilai semula janji-janji manis kerajaan negeri. Rakyat Selangor juga menilai mengapa janji-janji itu terus ditabur walaupun tahu dan sedar bahawa ia memang tidak mampu dicapai.

Begitulah tingginya harapan diletakkan kepada KSSB tetapi apakan daya, ia umpama hajat ingin memeluk gunung tetapi tangan tak sampai.

JADI APA GELARAN BARU UNTUK KSSB ?

KAUT SEMUA SAMPAI BANKRAP !

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA. BAHAGIAN 3



dibawah ini adalah kenyataan rasmi YBK terhadap cadangan zalim regim khalid ibrahim yang melakukan tindakan mengugut YBK untuk tidak dapat meneruskan projek pembinaan kampus UITM serendah, jika jawatan tertinggi YBK tidak diberikan kepada khalid ibrahim.


JAWAPAN BALAS KEPADA SIARAN AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR
PADA 7 JANUARI 2009

kenyataan regim khalid tentang isu ;
Keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil bahagian dalam operasi Yayasan
Basmi Kemiskinan (YBK) adalah untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban
dalam mengurus tadbir sumber negeri yang diserahkan kepada yayasan tersebut.

jawapan rasmi YBK:
1. Sebagai badan NGO yang ditubuhkan dibawah Akta Amanah, Ordinan 1952, YBK
tertakluk kepada keperluan Akta yang memerlukannya senantiasa telus dalam
aktivitinya untuk ia terus beroperasi. Ini telah termaktub dalam Seksyen 15 Akta
Amanah Ordinan 1952.

2. YBK tanpa gagal telah mengemukakan penyata kewangannya setiap tahun sejak
penubuhannya pada tahun 1990 dan ianya juga boleh disemak setiap masa oleh
orang ramai di laman webnya atau mendapat naskah cetak dari pejabat YBK.

3. Malahan pada bulan Mei 2009, YBK telah memberi taklimat operasi kepada Exco
Kerajaan Negeri Selangor dan perjumpaan itu telah memutuskan akan
mengadakan perbincangan lanjut bagaimana Kerajaan Negeri dan YBK dapat
bekerjasama dalam melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan dalam
negeri Selangor.

kenyataan regim khalid tentang isu;
Kerajaan Negeri telah membuat keputusan pada 20 Oktober lalu untuk melantik dua wakil
daripada kerajaan negeri supaya duduk di dalam Lembaga Pengarah YBK dan berpendapat
Dato’ Menteri Besar perlu dilantik sebagai pengerusi YBK dan sementara Exco Selangor
yang memegang portfolio kebajikan dilantik sebagai anggota lembaga.

jawapan rasmi YBK:
1. Pada mesyuarat-mesyuarat terdahulu , Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan
YBK melantik 2 orang wakil kerajaan Negeri iaitu YB Rodziah Ismail dan wakil dari
UPEN untuk dijadikan ahli lembaga pengarah. YBK telah bersetuju dengan
perlantikan YB Rodziah dan Pegawai Kewangan Negeri sebagai ahli lembaga
pengarah sebagai memenuhi keperluan mendapatkan kelulusan kerajaan negeri.

2. Susulan dari persetujuan tersebut satu lagi mesyuarat telah diadakan dan YBK telah
diarah pula untuk melantik Y.A.B Dato’ Menteri Besar sebagai pengerusi dan 3 wakil
Kerajaan Negeri sebagai ahli lembaga pengarah. Jika YBK tidak bersetuju, semua
urusan pembangunan hendaklah dihentikan dan tanah-tanah milik YBK akan
dirampas kembali kerana tidak membayar cukai tanah yang tertunggak.

Keputusan ini diambil kerana kerajaan negeri khuatir dengan masalah ketelusan dalam
memastikan sumber kewangan yayasan itu diurus tadbir dengan baik dan memberi
manafaat kepada golongan miskin di Selangor. Sumber kewangan ini termasuk 448 ekar
tanah di Serendah.

kenyataan regim khalid tentang isu;
Memandangkan kerajaan negeri telah memberi tapak tanah yang nilainya berjuta ringgit
kepada yayasan tersebut, kami perlu memastikan orang miskin di Selangor mendapat
faedah daripada penggunaan tanah tersebut. Ini bukan keputusan bermotif politik, tetapi
satu langkah untuk memastikan sumber negeri diuruskan dengan telus dan
bertanggungjawaban,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

jawapan rasmi YBK:
1. Tanah seluas 448 ekar tersebut adalah milik YBK yang telah membayar premium
tanah semasa pemilikan tanah tersebut. Walaupun terdapat tunggakan cukai tanah
yang belum berbayar , namun cukai tersebut sedang dalam proses pembayaran
berperingkat setelah YBK mendapat konsesi pembinaan kampus UITM.

2. YBK, dibawa tatacara penubuhannya telah dan sedang mengadakan program
berterusan untuk membasmi kemiskinan kepada kumpulan sasaran berdasarkan
paras garis kemiskinan Negara. Program pembasmian kemiskinan ini tidak terhad
dalam negeri Selangor sahaja tetapi juga di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain.

3. Arahan Y.A.B Dato’ Menteri Besar bahawa perlantikannya sebagai pengerusi
berdasarkan jawatan tidak dapat dipenuhi kerana tidak ada peruntukan didalam
Akta Amanah dan dibawah Artikel 2, suratcara penubuhan, YBK tidak hanya untuk
kepentingan rakyat Selangor sahaja mahupun dibawah nama negeri Selangor atau
pentadbirannya.

4. YBK dipengerusikan oleh Dato’ Zainal Abidin Hj Sakom yang telah melibatkan diri
secara sepenuh masa setiap hari dalam memastikan perlaksanaan projek-projek
pembasmian kemiskinan YBK. YBK meragui kemampuan Y.A.B Dato’ Menteri Besar
selaku pemimpin utama Negeri dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pengerusi YBK
dengan memberi tumpuan tidak berbelah bagi pada perjalanan YBK sebagaimana
yang dilakukan oleh Pengerusinya sekarang sejak 20 tahun dahulu.

kenyataan regim khalid tentang isu;
Khalid berkata kerajaan negeri boleh mengambil bahagian dalam entiti bukan kerajaan
yang menerima dana kerajaan. “Ini bukan konsep baru. Persatuan Bola Sepak Selangor
juga bukan satu entiti kerajaan tapi ianya dipengerusikan oleh Menteri Besar juga
menerima dana kerajaan.”

jawapan rasmi YBK:
1. YBK tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan kewangan dari Kerajaan
Negeri Selangor. Persatuan Bolasepak Selangor adalah sebuah persatuan sukan yang
ditubuhkan dibawah Akta Sukan untuk mengendalikan pasukan bolasepak negeri
Selangor dan aktiviti-aktiviti berkaitan. YBK ditubuhkan dibawah akta Amanah dan
tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dibawahnya.

2. Sejak penubuhannya, YBK tidak pernah berniat untuk dijadikan sebagai salah satu
badan atau organisasi dibawah kawalan kerajaan negeri seperti Persatuan Bolasepak
Selangor.

kenyataan regim khalid tentang isu;
Tambah Khalid lagi, pembabitan kerajaan negeri tidak akan mengganggu program
membasmi kemiskinan di Selangor yang dijalankan oleh yayasan tersebut. “Melalui
kerjasama semua pihak, kami akan bertambah baik dan akan wujud ‘check and balance’.
Malah dengan pembabitan Kerajaan Negeri, kami boleh memberi lebih banyak sumber
kepada yayasan itu,” kata Menteri Besar.

jawapan rasmi YBK:
1. Sejak dari penubuhannya, YBK telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk
membasmi kemiskinan di Negeri Selangor. Ini dapat dilihat dari lapuran-lapuran
aktivitinya.

2. Kerajaan Negeri dalam mendesak perlantikan Y.A.B Dato’ Menteri Besar sebagai
pengerusi dan pada awalnya 4 jawatan ahli lembaga pengarah dengan secara
langsung tidak menunjukan semangat untuk bekerjasama dan ingin membabitkan
diri secara langsung.

3. Jika YBK memperakui desakan Y.A.B Dato’ Menteri Besar kepada jawatan-jawatan
tersebut, ini tidak akan mewujudkan ‘check and balance’ kerana penjawat-penjawat
utama YBK juga merupakan penjawat-penjawat utama jawatan di negeri Selangor.

4. YBK menghargai niat Y.A.B. Dato’ Menteri Besar yang menyatakan melalui
pembabitan lebih Kerajaan Negeri, lebih banyak sumber boleh disalurkan kepada
YBK. Namun YBK percaya bahawa adalah lebih baik baginya meneruskan usahanya
sendiri dalam menjana dana bagi aktiviti tanpa penglibatan mana-mana pihak agar
ianya tidak terikat kepada apa-apa syarat. Malahan sumber kerajaan negeri boleh
disalurkan terus melalui projek-projek pembasmian kemiskinannya atau mana-mana
yang dirasakan perlu.

kenyataan regim khalid tentang isu;
Kerajaan negeri berharap isu ini tidak akan dipolitikan lagi kerana keputusan telahpun
dibuat atas dasar kepentingan rakyat Selangor.

jawapan rasmi YBK:
1. YBK tidak pernah berhasrat untuk mempolitikan isu ini malahan YBK tidak pernah
menjadikan agenda politik matlamatnya. YBK hanya ingin memaklumkan bahawa
YBK hanya tidak dapat meneruskan cadangan projek pembangunannya kerana
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

2. YBK telah memenuhi kesemua syarat-syarat pembinaan kampus cawangan UITM
termasuk mendapat kelulusan dari agensi-agensi berkaitan dan menyediakan
lapuran EIA. Hanya yang diperlukan ialah kelulusan Kerajaan Negeri untuk
meluluskan pelan perancangan projek.

3. YBK telah memberi cadangan pembayaran secara berperingkat untuk melunaskan
bayaran cukai tanahnya yang tertunggak sehingga sanggup menyerahkan
tanahmiliknya kepada kerajaan Negeri Selangor bagi mempercepatkan proses
kelulusan tersebut namun syarat tambahan telah diadakan oleh Y.A.B. Menteri Besar
yang tidak berkaitan langsung dengan tunggakan cukai ataupun perlaksanaan projek
pembangunan tersebut.

4. YBK telah merancang menggunakan keuntungan dari konsesi pembinaan kampus
UITM ini yang selama 20 tahun untuk tujuan aktiviti-aktivitinya dan tidak perlu lagi
mengharapkan bantuan orang ramai mahupun memohon dari kerajaan negeri. Ini
telah dimaklumkan sejak awal lagi kepada mereka-mereka yang berkaitan termasuk
Kerajaan Negeri.

5. Sepanjang perbincangan dan mesyuarat bersama anggota Kerajaan Negeri, tidak
pernah sekali pun Y.A.B. Dato’ Menteri Besar atau wakilnya menimbulkan isu atau
cadangan program pembasmian kemiskinan di negeri Selangor tetapi hanya
menekankan kepada perlantikan beliau sebagai Pengerusi dan YB Rodziah ke
lembaga pengarah YBK. Malahan jika perlantikan tersebut tidak dipersetujui, pihak
kerajaan negeri tidak akan meluluskan perlaksanaan projek pembangunan ini.

6. Demi menjaga entigriti YBK, ahli lembaga pengarah yang sedia ada tidak dapat
menerima arahan tersebut dan dengan itu membuat keputusan untuk tidak
meneruskan projek pembangunan in di negeri Selangor dan akan mencari tapak
alternatif. Ini untuk memastikan YBK dapat meneruskan misinya dalam membasmi
kemiskinan bukan sahaja dinegeri Selangor malahan diseluruh Malaysia

Thursday, June 10, 2010

INTIPATI RANCANGAN MALAYSIA KE 10


RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.

Tema pembentangan hari ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial. RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Intipati RMK10: * RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.
* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010. * RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.

*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.

* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

* RMK10: 10 PREMIS UTAMA

Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti: (i) Minyak dan gas

(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan

(iii) Perkhidmatan kewangan

(iv) Pemborongan dan peruncitan

(v) Pelancongan

(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT)

(vii) Perkhidmatan Pendidikan

(viii) Elektrik dan elektronik

(ix) Perkhidmatan perniagaan

(x) Penjagaan kesihatan swasta

(xi) Pertanian

(xii) Greater Kuala Lumpur

* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.

*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.

*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.

*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.

*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf. *Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.

*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara. *Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.

*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.

*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.

*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.

Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.

Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.

* Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.

* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.

* Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.

* Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan dengan menambah bilangan guru berkualiti.

* Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.

* Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.

* Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.

* Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

* Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.

* RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.

* Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.

* Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.

* Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.

* Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

* Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.

* RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.

* Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.

*Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.

* Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.

* MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.

* Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.

* Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

* Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat dan berbeza mengikut tahap kemahiran. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan akan ditingkatkan setiap tahun.

* Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.

* Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.

* Perancangan strategik dan terurus bagi mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman.

* Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.

* Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak.

* Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.

* Pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi di Greater Kuala Lumpur meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan penumpang sistem pengangkutan bandar masa kini.

* Meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala Lumpur daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015.

* Sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar raya lain, iaitu sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, dan jumlah bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.

* Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama RMK10.

* 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK10.

* Dana RM500 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta berdasarkan perkongsian 50-50 kerajaan dengan pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.

*Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipertingkatkan, rondaan polis akan ditambah terutama di 50 "hot spots" yang telah dikenal pasti dan 496 CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.

* Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong
penyertaan lebih besar daripada wanita.

* Sektor swasta diminta meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan peringkat tertinggi seperti ketua pegawai eksekutif dan ahli-ahli Lembaga Pengarah.

* Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia bagi menjalankan aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.

* Golongan warga emas mendapat infrastruktur yang lebih mesra, akses kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, rumah perlindungan yang mencukupi dan juga supaya mereka dapat mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.

* Langkah diteruskan untuk menyediakan pelbagai peluang termasuk latihan kemahiran, pekerjaan serta keusahawanan bagi orang kurang upaya.

* Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu akan diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga boleh diperbaharu.

* Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.

* Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh dan bangunan baru kerajaan akan direka bina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.

* Peruntukan program dan projek pembangunan RMK10 akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012 dan "rolling plan" pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010. * Peruntukan RM230 bilion untuk RMKe10 bagi perbelanjaan pembangunan dengan 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran.
- Bernama

Wednesday, June 9, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 2


sebelum kisahbenar ybk terus menyelongkar kebejatan dan kezaliman regim khalid ibrahim merampas hak YBK, sewajarnya eloklah pembaca budiman meneliti terlebih dahulu desakan menggila bagaimana khalid ibrahim memasang impian merampas hak YBK.

ayuh baca terlebih dahulu bahagian pertama, kisah operasi merampas hak YBK .KLIK DISINI

ini pula rangkuman ringkas bahagian kedua.

Dato Pengerusi YBK serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah mengadakan sidang akhbar berkenaan projek pembangunan UiTM di Serendah oleh anak syarikat YBK iaitu Permodalan YBK Sdn Bhd.

Projek pembangunan kampus UiTM yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia dengan kos pembangunan RM300juta secara PFI (Private Finance Iniative) masih gagal mendapat kelulusan kebenaran merancang dari Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini.

Walau bagaimanapun sementara PYBK yang telah mendapat semua kelulusan teknikal dari pihak berwajib, Kerajaan Negeri telah memberi syarat YAB Dato Menteri Besar hendaklah dilantik menjadi Pengerusi YBK sebagai PRASYARAT untuk Kerajaan Negeri meluluskan kebenaran merancang pembangunan kampus UiTM di atas tanah yang dimiliki oleh PYBK

Kerajaan Negeri juga mencadangkan supaya 3 orang wakil kerajaan negeri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK sebelum permohonan kebenaran merancang dipertimbangkan.

Oleh itu dalam sidang media tersebut Dato Pengerusi YBK telah menyediakan kenyataan akhbar terhadap kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Selangor(7/1/2010) atas isu tersebut.

Dato Pengerusi juga memohon YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya tawaran membangunkan kampus UiTM di Serendah dipindahkan ke negeri lain.

Dan beliau juga merayu agar pihak koperat membantu YBK menyelamatkan tanah-tanah PYBK sebelum dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana tunggakan cukai tanah hampir RM6juta yang membolehkan kerajaan negeri merampas tanah YBK tersebut.

nantikan bahagian ketiga, tindakbalas pihak pengurusan YBK terhadap tindakan gila seorang diktator tua yang kononnya mahu menjadi juara rakyat jelata,khalid ibrahim. manifestasi pemimpin pembohong yang putus wayar.

Tuesday, June 8, 2010

ALHAMDULILLAH ! NASIB IBU TUNGGAL DIBELA.

semalam kisahbenar ybk memaparkan kisah tragis ibu tunggal yang ditinggalkan suami. dalam keadaan kesusahan ibu tunggal ini mengharungi hidup, pihak gereja dari cheras juga datang dan cuba membantu mengubah nasib malang ibu tunggal melayu beragama islam ini.

alhamdulillah, nasib ibu tunggal itu telah terbela. pihak YBK telah melakukan tindakan pantas menyelamatkan nasib dan akidah ibu tunggal ini. YBK telah memberikan bantuan kepada ibu malang ini dengan memberikan kursus asas mewujudkan taska,sekaligus memberikan peluang kepada ibu malang ini menjalankan perniagaan sendiri.

dalam kenyataan ringkas, pengerusi YBK dato haji zainal abidin sakom menyatakan bahawa dalam apa juga cara meyelesaikan masalah yang sebegini rupa , pendekatan pemberian 'pancing' lebih berkesan daripada senantiasa memberikan 'ikan'.

insyaallah dengan berkat doa seluruh rakyat,YBK akan terus mengorak langkah untuk meningkatkan lagi taraf kualiti hidup umat islam, walaupun sedang bertarung mempertahankan nasib ratusan anak yatim yang sedang dizalimi oleh regim pakatan pimpinan khalid ibrahim.

kronologi ke 2 kisah regim pakatan selangor merampas hak YBK akan menyusul selepas ini.

Monday, June 7, 2010

YBK SELAMATKAN AKIDAH IBU TUNGGAL.

(klik gambar untuk besarkan imej)

sesuatu yang cukup tragis bagi seorang ibu tunggal melayu beragama islam.

setelah ditinggalkan oleh bekas suami tanpa sebarang nafkah, ibu tunggal ini terpaksa merintih untuk mendapatkan bantuan.

sayang rintihan ini disambut oleh sebuah gereja,yang memberikan pelbagai bentuk bantuan baik daripada bekalan makanan mahupun kewangan.

dimana suara yang berdegar-degar perjuangkan islam ?
dimana suara kamu sewaktu ibu tunggal ini memerlukan bantuan ?
dimana suara kamu sewaktu ratusan nasib anak yatim kelolaan YBK dianiaya ?

alhamdulillah, nasib ibu tunggal ini telah dihidu oleh pihak YBK. tak perlulah menyatakan bantuan yang telah diberi, sekadar ingin memberitahu rakyat bahawa insyaallah nasibnya akan dibela.

kisahbenar YBK memberikan satu lagi kisah rakyat.rakyat yang dibantu oleh YBK selagi termampu walaupun perit dianiayai oleh sebuah kerajaan zalim pimpinan khalid ibrahim.

nantikan sambungan bahagian ke dua, bagaimana YBK dizalimi oleh regim pakatan selangor.

Saturday, June 5, 2010

IKTIBAR DARIPADA PENYELEWENGAN KSSB.

semalam telah tercatit dalam sejarah. SELCAT yang diketuai oleh maharaja theng chang kim memutuskan bahawa kes penyelewengan KSSB tidak serius.

KSSB bermaksud kumpulan semesta sdn bhd. KSSB adalah anak syarikat kerajaan negeri. perniagaan utama KSSB adalah urusniaga pasir.

regim pakatan selangor telah mengambil alih tampuk pemerintahan selepas pru ke 12. lebih tepat 8 mac 2008.

3 bulan selepas regim pakatan memerintah, KSSB telah memberikan bonus sebanyak RM500 ribu kepada 45 orang kakitangannya. bonus 6 bulan gaji diberikan kepada pekerja KSSB. paling tinggi meraih bonus adalah pengarah syarikat, mendapat durian runtuh hampir RM80 ribu.

regim pakatan dalam sesi SELCAT memutuskan tiada penyelewengan wang yang dilakukan oleh KSSB, anak syarikat kerajaan negeri.

khalid ibrahim dalam ucapan nya di depan kebawah duli tuanku sultan selangor,pernah berjanji untuk mendapatkan pendapatan bersih hasil pasir selangor sebanyak RM 170 juta.

sayang janji itu retorik. hasil pasir yang diperolehi tak sampai 10% daripada sasaran janji khalid ibrahim.

SELCAT terpaksa mencuci dosa salah laku ini. KSSB yang diberi kuasa mutlak urusniaga pasir telah dicucikan dosa nya oleh maharaja theng.

kisahbenar YBK semalam ada mengeluarkan artikel. cadangan pembinaan kampus UITM oleh anak syarikat YBK, iaitu permodalan YBK.

kos operasi membina kampus UITM di serendah ini berjumlah RM300 juta. dijangkakan hasil bersih keuntungan selepas 10 tahun kampus UITM ini berjalan, adalah sekitar RM1 billion.

KSSB anak syarikat selangor memberikan bonus sebanyak RM500 ribu selepas 3 bulan mereka beroperasi.

pengarah KSSB mendapat bonus paling tinggi, iaitu hampir mencecah RM80 ribu..

BAYANGKAN....CUBA BAYANGKAN.

jika pembinaan UITM ini berjalan. berapa banyak bonus yang khalid ibrahim akan perolehi jika dia dilantik menjadi big bos YBK ?

ini bukan merakyatkan ekonomi, penyelewengan ini tandanya mahu membankrapkan negeri !

Friday, June 4, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA. BAHAGIAN 1


setelah pihak pengurusan YBK melakukan kunjungan hormat terhadap barisan exco kerajaan negeri selangor pada 8hb mei 2009, kisahbenar YBK menjangkakan bahawa YBK akan dapat menjalankan operasi dan pembangunannya secara berterusan dan tanpa halangan.

tetapi, kerajaan yang dinamakan sebagai pakatan rakyat ini rupanya memasang niat. niat yang secara halus untuk mengambil alih pengurusan YBK. kaedah mereka cukup rakus dan tidak melambangkan sikap profesionalisme dalam mentadbir.

bagaimana caranya regim pakatan ini mahu mengambil alih pengurusan YBK ?

pihak YBK telah diberi sepucuk surat bertarikh 7dec 2009 oleh pegawai kewangan negeri datuk mohd arif abdul rahman, YBK diarah untuk memberikan jawatan utama YBK kepada khalid ibrahim dan adun batu tiga rodziah ismail.

dalam surat itu, keputusan melantik khalid ibrahim dan rodziah ismail memegang jawatan tertinggi YBK telah diputuskan oleh mesyurat exco bertarikh 20 oktober 2009.

malah cadangan projek (RM300 juta) membina kampus UITM di serendah yang diuruskan oleh anak syarikat YBK iaitu permodalan YBK, juga telah diberi amaran oleh exco kerajaan negeri untuk tidak meneruskan projek tersebut selagi YBK tidak memenuhi arahan meletakkan khalid ibrahim dan rodziah dalam jawatan tertinggi YBK.

kenyataan ugutan ini rupanya telah diputuskan dalam 2 mesyuarat exco kerajaan negeri selangor, bertarikh 1 dan 14 oktober 2009.

lebih zalim apabila minit mesyurat kerajaan telah mengarahkan agar kesemua tanah milikan YBK harus dirampas sekiranya YBK tidak memenuhi arahan ini dalam tempoh 3 bulan.

alasan ugutan rampasan tanah milik YBK, adalah kerana YBK ada sewa tertunggak yang belum dibayar.

YBK telah menjelaskan bahawa tanah milikan mereka yang seluas 1642 ekar itu telah dianugerahkan oleh kerajaan negeri pada tahun 1995. namun atas permaslahan kegawatan ekonomi yang melanda malaysia dan seluruh dunia pada 1997 (krisis matawang) maka usaha mendapatkan projek terbantut.

walau bagaimanapun pihak YBK tetap mahu melunaskan sewa yang tertunggak kerana yakin cadangan projek pembinaan kampus UITM di serendah boleh menyelesaikan segala masalah.perkara ini telah diberitahu kepada regim pakatan selangor.

cadangan pembinaan kampus UITM serendah ini sebenarnya telah diluluskan oleh unit perancang ekonomi (EPU) pada tahun 2008 dan majlis daerah hulu selangor.

walau bagaimana pun,regim pakatan selangor tetap tidak mahu meluluskan projek ini selagi syarat mereka tidak dipenuhi.

apa syaratnya ?

melantik khalid ibrahim dan rodziah ismail sebagai pengarah tertinggi YBK.

berdasarkan kronologi ini jelas akan kedapatan beberapa perkara penting.

1) sewa YBK yang tertunggak itu sebenarnya mampu dibayar oleh YBK jika kelulusan projek pembinaan kampus UITM serendah diberikan oleh kerajaan negeri.

2) regim pakatan telah melakukan ugutan yang tidak sepatutnya kepada sebuah badan bukan politik (NGO)

3) EPU dan majlis daerah hulu selangor telah meluluskan projek ini pada tahun 2008,tetapi disekat dengan sebegitu zalim oleh regim khalid ibrahim gara-gara regim pakatan kemaruk kuasa.

nantikan sambungannya..lebih panas ! kisahbenar YBK akan membongkar kebenaran.

Thursday, June 3, 2010

TARIAN KHALID IBRAHIM MAKIN SUMBANG

menteri besar regim pakatan selangor,khalid ibrahim tak boleh joget-joget lagi.

pendedahan pemberian bonus kumpulan semesta yang mencecah hampir RM500 ribu walaupun baru 3 bulan memerintah sudah boleh menggoyangkan regim khalid.

itu baru kumpulan semesta.

belum lagi keluarnya dokumen-dokumen panas dari mangsa regim khalid, iaitu YBK ! kisah benar YBK sedang menghirup kopi panas,memerhatikan dari jauh gelagat regim khalid yang semakin goyang.

kisah benar YBK memerhati tarian-tarian sumbang khalid.

ahhh..jemput sahabat kita minum secangkir kopi.

Wednesday, June 2, 2010

NASIB PALESTIN DAN YBK

seluruh dunia mengutuk serangan tidak bertamadun tentera israel yang menyerang konvoi kemanusiaan 3 hari yang lepas.

konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa hampir 10 ribu tan bantuan makanan,ubat-ubatan dan lain-lain yang merangkumi 6 buah kapal telah diserang hendap pada pagi hari.

regim zionis ini menggunakan kaedah kekerasan dalam menangani isu penduduk gaza. umum mengetahui bahawa penduduk gaza telah dinafikan hak dan kebebasan mereka menjalani kehidupan apabila israel menutup ruang penyaluran bantuan ekonomi kepada mereka.

lebih memilukan apabila mesir juga menjadi pak turut yang tunduk pada kehendak israel, apabila menutup sempadan negara mereka dengan gaza.

kerana dasar apartheid menggila ini, rakyat palestin terpaksa menggali dan membina ratusan terowong bawah tanah untuk menyeludup masuk segala barang keperluan asas.

inilah bentuk kezaliman yang tidak ada peri kemanusiaan yang dilakukan oleh sang penindas.

apa beza nasib rakyat palestin dengan nasib ratusan anak yatim di bawah jagaan YBK ?

pakatan selangor di bawah pentadbiran pkr telah menzalimi dan menganiayai masa depan anak yatim dan orang miskin di bawah kelolaan YBK.

YBK bukan entiti politik. YBK tidak pernah melakukan serangan politik terhadap kerajaan pakatan selangor.

hari ini YBK telah diganyang dan dinafikan hak mereka untuk terus berbakti kepada rakyat.

Tuesday, June 1, 2010

8HB MAY 2009. DISINI BERMULANYA PENGANIAYAAN.

Taklimat Operasi YBK Kepada EXCO Selangor, 8/5/2009

tarikh 8/5/2009. disinilah pertemuan pertama YBK dan barisan exco kerajaan baru selangor.segala program dan maklumat YBK telah disampaikan kepada barisan exco kerajaan negeri.

disinilah bermula agenda penganiayaan terhadap YBK.

Shah Alam - YBK telah memberi Taklimat Operasi Yayasan Kepada 5 orang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Bangunan ANNEX DUN Selangor. Taklimat disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pegawai YBK menyentuh penubuhan YBK dan program sepanjang tahun 1993-2009.

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh YB Rodziah Isamil bersama YB Xavier Jayakumar, YB Yaakob Sapawi, YB Iskandar Abdul Samad dan YB Halimah Ali juga diberi penjelasan lanjut berkenaan YBK oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi) bersama Hj Bing Selamat Amir, Datin Hartini Osman dan Dato Dr Mat Yasir Ikhsan.

Perjumpaan juga memutuskan akan mengadakan perbincangan lanjut bagaimana Kerajaan Negeri dan YBK dapat bekerjasama dalam melaksanakan program-program pembasmian kemiskian dalam negeri Selangr di masa akan datang.

Monday, May 31, 2010

GAMBAR ANWAR DI ZAMAN YBK.

gambar ini diambil pada tahun 13 mac 1995. pada waktu itu anwar menjawat jawatan timbalan perdana menteri.

dia menghargai jasa dan sumbangan YBK dalam membenteras kemiskinan dan program membantu anak yatim.

1995 dia pejuang melayu. 2010 dia menghentam pula yayasan yang pernah dia akui banyak membantu anak melayu.

hari ini YBK cuba dihancurkan oleh regim zalim kalid ibrahim. siapa yang mengarahkan kalid ibrahim ? tiada lain, anwar ibrahim ..penasihat ekonomi negeri selangor.

dua anak kepada ibrahim ini adalah manifestasi melayu lupa daratan.

inilah kisah benar YBK. pembongkaran demi pembongkaran akan kami lakukan demi mempertahankan yang hak, dan menentang yang bathil. pembohongan khalid ibrahim akan dibongkar satu persatu, dalam kisah bersiri ...........

kisah benar ybk.blogspot

Thursday, May 27, 2010

PENZALIM MAKAN MALAM BERSAMA YBK

perhatikan betul-betul wajah seorang melayu yang berbaju putih/coklat itu. dia adalah khalid ibrahim. pernah makan malam bersama YBK,pernah diberi makan oleh YBK.

hari ini khalid ibrahim memulas semula tangan yang pernah memberinya makan.

khalid ibrahim melayu mudah lupa, hipokrit dan lupa daratan.

gambar penzalim tengah makan malam bersama YBK ini dirakamkan pada 27 april 2000.

hanya mengambil masa sepuluh tahun sahaja untuk si penzalim melanyak semula YBK.

inilah kisah benar YBK. pembongkaran demi pembongkaran akan kami lakukan demi mempertahankan yang hak, dan menentang yang bathil. pembohongan khalid ibrahim akan dibongkar satu persatu, dalam kisah bersiri ...........

kisah benar ybk.blogspot

Wednesday, May 26, 2010

GAMBAR PENZALIM DI ZAMAN YBK

Perasmian Pusat Latihan YBK (PLYBK)

18 Ogos 1992 - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah merasmikan Pusat Latihan YBK di kawasan perindustrian Bandar Baru, Kuala Selangor. Pusat ini bertujuan untuk memberi kemahiran teknikal dalam bidang kejuruteraan kepada anak melayu dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah agar dapat berdaya maju.

Projek ini adalah merupakan projek membawa institusi pengajian ke luar Bandar dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui pembiayaan operasi dan pengurusan oleh pihak UMW dan Kontena Nasional. Turut hadir ialah Dato Abdul Khalid Ibrahim (CEO PNB), CEO UMW dan Kontena Nasional serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Dalam ucapan beliau, MB mencadangkan syarikat swasta mewujudkan perkhidmatan korporat untuk masyarakat bagi memenuhi tanggungjawab social dengan mencontohi program One Percent Club di Jepun dimana setiap syarikat menyumbangkan 15 daripada keuntungan setiap tahun untuk kerja amal dan kebajikan..

Tuesday, May 25, 2010

KISAH BENAR YBK MEMULAKAN CERITA

Majlis Pecah Tanah Asrama Kasih

22 Jun 1992 - Menteri Pertahanan, YB Dato Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melakukan upacara pecah tanah Asrama Kasih YBK di Kg. Sri Serendah, Hulu Selangor. Pembinaan Komplek Asrama Kasih YBK ini bertujuan bagi menyediakan kemudahan penginapan dan belajar kepada 250 pelajar sekolah menengah dari keluarga miskin dan anak yatim dari seluruh negeri Selangor.

Pembinaan dalam Fasa 1 ini dijangka menelan belanja RM1.2 juta. Pembinaan dijalankan dengan kerjasama Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia, Batu Cantomen. Dengan pembinaan Asrama Kasih YBK ini, ramai pelajar miskin yang memerlukan pembelaan akan dapat dibantu dan terjamin masa depan mereka

KENALI WAJAH PENZALIM YBK

mukadimah dipermudahkan. sebelum kita melangkau dengan lebih jauh akan fakta-fakta dokumentasi,angka dan kronologi bagaimana YBK dizalimi, maka sewajarnya kita mengetahui dengan lebih dekat watak-watak penzalim yang menzalimi YBK.

lihat gambar di atas, itulah barisan penzalim kepada nasib orang miskin dan anak yatim. mereka dikenali sebagai pakatan yang memerintah negeri selangor.

kepala penzalim ini pula, bekas anak emas umno yang pernah mendapat limpahan rezeki daripada dasar ekonomi baru. melayu ini melayu mudah lupa, namanya khalid ibrahim.

hari ini khalid ibrahim cuba menghancur dan melumpuhkan YBK, badan NGO yang sepatutnya tidak dijadikan musuh utama dari sebuah kerajaan negeri yang kononnya menjadi hero kepada rakyat.

inilah kisah benar YBK. pembongkaran demi pembongkaran akan kami lakukan demi mempertahankan yang hak, dan menentang yang bathil. pembohongan khalid ibrahim akan dibongkar satu persatu, dalam kisah bersiri ...........

kisah benar ybk.blogspot

Monday, May 24, 2010

SKETSA YBK PEMBUKA BICARA

bagi memudahkan ceritera, sketsa kartun YBK ini menyimpulkan segala. kepada penyokong pakatan yang telah dibutakan mata, sedarlah diri.sketsa kartunis ini cukup mudah difahami maksudnya .

YBK bukan entiti politik, jauh sungguh untuk berentap dengan mana-mana parti politik.

tetapi kalid ibrahim telah mengambil jalan pertentangan ini secara peribadi, dijadikan landasan untuk mempolitikkan sebuah badan NGO yang secara jelas telah membantu ribuan keluarga miskin dan anak yatim.

kisah benar YBK.blogspot tiada pilihan. pertahankan maruah dan kebenaran hingga yang bathil dan pengkhianat ditumbangkan.

inilah kisah benar YBK. pembongkaran demi pembongkaran akan kami lakukan demi mempertahankan yang hak, dan menentang yang bathil. pembohongan khalid ibrahim akan dibongkar satu persatu, dalam kisah bersiri ...........

kisah benar ybk.blogspot

Friday, May 21, 2010

GAMBAR KHALID IBRAHIM DI ZAMAN YBK.

khalid ibrahim adalah produk dasar ekonomi baru. dia kaya hasil mahsul anugerah DEB. dia bijak dan kerana dia bijak itulah kerajaan umno dan barisan nasional memberikan dia peluang untuk mengetuai beberapa agensi koperat.

PNB antaranya. lumrah manusia, adakala harta dan pangkat boleh melupakan asal usul kita.

lihat pada gambar di atas. khalid ibrahim,zainal sakom,muhammad taib dan tan sri muhyidin yasin. dulu mereka berkawan baik. dulu mereka dalam saf memperjuangkan nasib anak bangsa. dulu merekalah antara penyambung katalist kebangkitan melayu.

gambar di atas adalah gambar nostalgia. khalid bersama zainal sakom,muhammad taib dan ts muhyidin merasmikan kolej komuniti tajaan yayasan basmi kemiskinan.

kolej komuniti tajaan YBK ini membantu anak-anak melayu miskin. skil kemahiran di ajar kepada semua anak melayu yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran.

khalid ibrahim kelihatan cukup gembira dengan peranan yang dimainkan oleh YBK.

tapi, itu dulu. khalid ibrahim sekarang sudah lupa asal usulnya. lupa dari mana dia naik. lupa siapa yang menaikkan nama beliau.

benarlah kata tun mahathir, melayu mudah lupa. khalid ibrahim adalah manifestasi terbaik contoh melayu mudah lupa.

hari ini khalid menabur pasir ke atas periuk nasi YBK. khalid sudah tidak memperdulikan nasib anak-anak miskin melayu..ya, khalid ibrahim sudah kaya. dia adalah menteri besar selangor.

hari ini YBK dilanyak kiri dan kanan, tanpa henti dan tanpa belas kasihan daripada menteri besar melayu bernama khalid ibrahim.

suara melayu sudah hilang daripada falsalfah hidup khalid ibrahim. lebih memilukan apabila tangan yang pernah memberikan khalid ibrahim rezeki, tangan itu pula yang dipulasnya kembali.

YBK pernah berjasa kepada khalid ibrahim. tak percaya ? lihat sahaja wajah kegembiraan khalid ibrahim dalam gambar di atas.

inilah kisah benar YBK. pembongkaran demi pembongkaran akan kami lakukan demi mempertahankan yang hak, dan menentang yang bathil. pembohongan khalid ibrahim akan dibongkar satu persatu, dalam kisah bersiri ...........

kisah benar ybk.blogspot

Thursday, May 20, 2010

BLOG KISAH BENAR YBK BERMULA.



assalamualaikum wb, salam 1malaysia.

kisah benar sudah bermula. dilahirkan kerana menceritakan kisah benar atas segala kontroversi yang melanda.

YBK telah dianayai.insyaallah dengan lahirnya blog ini,sekurang-kurang kisah benar dari YBK akan dibaca sendiri oleh seluruh rakyat malaysia.

selepas ini, blog kisah benar ybk akan memulakan bicara.