Friday, June 18, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 5

14 jan 2010.bahagian ke 5 kronologi rampasan bermula.

setelah regim pakatan selangor menutup ruang untuk YBK membina kampus UITM serendah, akhirnya kerajaan negeri melaka di bawah pimpinan ketua menteri dato seri ali rustam dengan hati terbuka menawarkan tapak untuk YBK membina kampus tersebut di melaka.

Sambil berharap tawaran itu dipersetujui YBK, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri telah menyediakan satu kawasan seluas 87.2 hektar di Semujuk, Jasin dekat sini bagi pembinaan kampus tersebut.

Menurutnya, jika YBK bersetuju dengan tawaran itu, mereka boleh memulakan kerja pembinaan pada tahun ini juga."Kita juga telah menghantar surat kepada yayasan berkenaan dan pada dasarnya, mereka sudah bersetuju.

"Kini, kita hanya menunggu keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada meluluskannya atau tidak," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini tentang YBK yang mungkin mencari tapak lain bagi membina kampus baru itu ekoran masalah yang dihadapi dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

YBK yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, bercadang membangunkan tanah seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah menerusi tanah miliknya yang dianugerahkan kerajaan negeri Selangor pada 1995.

Proses untuk memulakan projek itu sudah pun dimulakan oleh anak syarikatnya, Permodalan YBK Sdn. Bhd. (PYBK) dan telah mendapat kelulusan pelbagai pihak termasuk majlis daerah.

1 comment:

  1. Salam,

    Terima kasih kepada pengundi fuckatan haram yang merelakan rampasan tanah anak yatim fakir miskin. Semoga Allah memberi hidayah kepada kamu agar tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

    Ayuh, bersama-samalah kita dalam Misi Tawan Semula: Selangor Bangkit!

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete