Wednesday, June 2, 2010

NASIB PALESTIN DAN YBK

seluruh dunia mengutuk serangan tidak bertamadun tentera israel yang menyerang konvoi kemanusiaan 3 hari yang lepas.

konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa hampir 10 ribu tan bantuan makanan,ubat-ubatan dan lain-lain yang merangkumi 6 buah kapal telah diserang hendap pada pagi hari.

regim zionis ini menggunakan kaedah kekerasan dalam menangani isu penduduk gaza. umum mengetahui bahawa penduduk gaza telah dinafikan hak dan kebebasan mereka menjalani kehidupan apabila israel menutup ruang penyaluran bantuan ekonomi kepada mereka.

lebih memilukan apabila mesir juga menjadi pak turut yang tunduk pada kehendak israel, apabila menutup sempadan negara mereka dengan gaza.

kerana dasar apartheid menggila ini, rakyat palestin terpaksa menggali dan membina ratusan terowong bawah tanah untuk menyeludup masuk segala barang keperluan asas.

inilah bentuk kezaliman yang tidak ada peri kemanusiaan yang dilakukan oleh sang penindas.

apa beza nasib rakyat palestin dengan nasib ratusan anak yatim di bawah jagaan YBK ?

pakatan selangor di bawah pentadbiran pkr telah menzalimi dan menganiayai masa depan anak yatim dan orang miskin di bawah kelolaan YBK.

YBK bukan entiti politik. YBK tidak pernah melakukan serangan politik terhadap kerajaan pakatan selangor.

hari ini YBK telah diganyang dan dinafikan hak mereka untuk terus berbakti kepada rakyat.

3 comments:

  1. Saya penduduk Serendah dimana projek UITM YBK bernilai RM 300 Juta sepatutnya didirikan, tertapi telah dikhianati olih Kerajaan Pakatan Negeri Selangor yang dikuasai olih DAP tertapi MB nya Tan Sri Khalid Ibrahim dpd PKR.

    Dengan tidak meluluskan projek ini semua rakyat di Serendah tak kira dari Parti apapun mendapat KERUGIAN kerana projek bernilai RM 300 Juta bukan mudah hendak diperolehi.

    Yang menghairankan saya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Hulu Selangor baru baru ini nampaknya Tidak Memberi Kesan WALAUPUN KEPADA PENGUNDI MELAYU.Masih banyak pengundi MELAYU mengundi PKR.

    Saya ini Orang Melayu, tertapi rasa MALU dengan tahap PEMIKIRAN yang ada pada orang Melayu. Punya lah TAKSUB dengan Pemimpin dan Parti mereka hingga tak kisah Kesalahan Besar Mana pun yang dibuat tetap kena sokong juga.

    Sebab itulah DAP walaupun parti yang Majoriti dalam Parlimen dibanding dengan PKR dan PAS,membiarkan ORANG MELAYU menerajui Pakatan Pembangkang. Kalau saya kata MELAYU ini bodoh tak ada Otak banyak yang marah. Yang menghairankan begitu Ramai Pemimpin Kanan PKR keluar parti dengan alasan Anuar tidak memperjuangkan hak Bangsa, Agama dan Hak Keistimewaan Orang Melayu mengikut Perlembagaan, diperingkat bawahan ahlinya Pekak dan Buta Tuli.

    Wahai orang Melayu/Islam cukuplah Berpolitik. Cubalah Fikir Fikirkan apa yang saya kata ini. Anda bolih membuat kesimpulan sendiri.

    Kalau orang Melayu dan Bumiputera bersatu kita bolih BERKUASA SAMPAI BILA-BILA.

    Kalau dalam keadaan sekarang, cuba fikir. Kalau BN berkuasa Siapa Jadi Imam - NAJIB. Kalau Pakatan Pembangkang berkuasa Siapa Jadi Imam - LIM KIT SIANG.

    ReplyDelete
  2. smoga allah melindungi saudara-saudara kita di palestin....aminnnn

    ReplyDelete
  3. Walaupun sehingga kini kau dapat mengelak dari bertanggungjawab ke atas kezaliman yang telah kau lakukan tapi awas kau tak akan dapat lepas lari dari hukuman dunia mahupun akhirat untuk selama-lamanya.

    Tak lama lagi kes saman YBK akan dibicarakan. dan kita boleh lihat apa "defence" kau ya Khalid bin Ibrahim. Keluarkan segala bukti yang mengatakan ada penyelewengan dalam YBK dalam mahkamah nanti sehingga YBK wajib diambilalih oleh kamu dan kroni kamu. Tapi awas jangan buat tuduhan dan bukti palsu.... ini mahkamah beb.

    Bila aku tengok gambar kau tersenggeh semasa perasmian program YBK terdahulu dan perangai kau sekarang, aku hanya mampu menggeleng kepala. Ini lah antara pemimpin Melayu yang diangkat oleh orang Melayu tetapi akhirnya berpaling tadah 180 darjah. Nasiblah bangsa Melayu mempunyai pemimpin seperti Khalid dan AI....

    ReplyDelete