Thursday, June 24, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA.BAHAGIAN 7

21 jan 2010.

keadaan semakin panas.sikap biadap regim khalid dan barisan exconya semakin melampau.

sikap politik mereka berlandaskan nafsu melampau malah melanggar janji manifesto sendiri apabila HAK SEBENAR RAKYAT telah dizalimi !

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, didakwa ingin memegang jawatan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor kerana mahu menguasai projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) bernilai RM300 juta.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata selama 20 tahun YBK ditubuhkan tiada pihak campur tangan dalam pertubuhan itu sehingga Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) mendapat projek pembinaan kampus UiTM.

“Tindakan (Khalid) ini lebih kepada emosi, mudah saja kerana Pengerusi YBK kini ialah ahli Umno seumur hidup. Khalid juga mahu menjadi pengerusi yayasan ini kerana YBK mendapat projek membina UiTM bernilai RM300 juta.

“Kononnya projek RM300 juta tidak mampu ditadbir YBK, yang mampu hanyalah Khalid kerana orang lain juga tidak telus dan yang telus hanyalah Khalid,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini Zainal dilaporkan berkata, YBK tidak akan tunduk kepada ugutan kerajaan negeri yang ingin menyekat segala kegiatan yayasan jika tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Yayasan yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, bercadang untuk membangunkan tanah seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah, Rawang menerusi tanah miliknya yang dianugerahkan kerajaan negeri terdahulu sekitar 1995.

Mengulas kenyataan Khalid bahawa laporan audit yang memperincikan operasi YBK termasuk jumlah dana dan harta disumbangkan kerajaan negeri serta bagaimana ia digunakan untuk membantu golongan miskin dijangka siap akhir bulan ini bagi menyelesaikan kontroversi berkenaan, Zainal berkata, sehingga kini kerajaan negeri belum menghantar surat rasmi bagi memaklumkan audit terhadap pertubuhan berkenaan.

“Belum ada surat dihantar kepada YBK berhubung perkara itu (audit), cuma yang ada hanya surat untuk Khalid ambil alih jawatan pengerusi dan merampas tanah YBK.

“Apa yang didakwa Khalid (audit) itu hanya bersifat politik. Kalau beliau jumpa benda tidak elok dalam YBK laporkan saja kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, sejak penubuhannya, YBK mampu bergerak sendiri dalam mencari pendapatan sehingga menjadi pertubuhan yang pesat berkembang dan laporan perkembangannya turut diserahkan kepada pengasasnya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

3 comments:

  1. gua sebagai anak jati kalumpang,hulu selangor sgt2 berharap agar semua bdak2 yg penah ikuti program anjuran YBK atau penah duduk dalam YBK supaya mendaftar sebagai pengundi secepat mungkin. Sama2 kita rampas semula selangor dari cengkaman pakatan haram. Selangor Bangkit!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Tercatit dalam lembaran sejarah, seorang melayu islam yang bangsat, merampas hak anak yatim dan faqir miskin untuk sama-sama dikongsi dengan sekutunya, DAPig laknatullah. Dgn itu, dia telah khianat kepada Agamanya, Bangsanya dan Negaranya.

    Mohon seluruh rakyat, yang membaca blog ini, tumpukan tekad, sampai2kan risalah kebenaran ini kepada semua anak-anak selangor dan permastautin di selangor. Jgn biarkan dosa perlakuannya terpalit kepada anda, sedang anda tahu apa yang bangsat ini telah lakukan.

    Sama-sama kita tolak si bangsat ini dan kuncu2nya pd pru yang akan datang...

    Allahuakbar!!!

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete
  3. semoga Allah menglaknati mereka yang ingin mengambil hak insan lain amin

    ReplyDelete