Tuesday, June 8, 2010

ALHAMDULILLAH ! NASIB IBU TUNGGAL DIBELA.

semalam kisahbenar ybk memaparkan kisah tragis ibu tunggal yang ditinggalkan suami. dalam keadaan kesusahan ibu tunggal ini mengharungi hidup, pihak gereja dari cheras juga datang dan cuba membantu mengubah nasib malang ibu tunggal melayu beragama islam ini.

alhamdulillah, nasib ibu tunggal itu telah terbela. pihak YBK telah melakukan tindakan pantas menyelamatkan nasib dan akidah ibu tunggal ini. YBK telah memberikan bantuan kepada ibu malang ini dengan memberikan kursus asas mewujudkan taska,sekaligus memberikan peluang kepada ibu malang ini menjalankan perniagaan sendiri.

dalam kenyataan ringkas, pengerusi YBK dato haji zainal abidin sakom menyatakan bahawa dalam apa juga cara meyelesaikan masalah yang sebegini rupa , pendekatan pemberian 'pancing' lebih berkesan daripada senantiasa memberikan 'ikan'.

insyaallah dengan berkat doa seluruh rakyat,YBK akan terus mengorak langkah untuk meningkatkan lagi taraf kualiti hidup umat islam, walaupun sedang bertarung mempertahankan nasib ratusan anak yatim yang sedang dizalimi oleh regim pakatan pimpinan khalid ibrahim.

kronologi ke 2 kisah regim pakatan selangor merampas hak YBK akan menyusul selepas ini.

1 comment:

  1. Cara mubaligh Kristian menarik orang Melayu supaya murtad dan masuk Kristian ialah membantu mereka yang bermasalah kewangan dan tidak menilai diri mereka.

    It's a miracle that non of the Israeli commandos was killed by the so called terrorists.

    ReplyDelete