Friday, June 11, 2010

OPERASI MERAMPAS HAK YBK BERMULA. BAHAGIAN 3



dibawah ini adalah kenyataan rasmi YBK terhadap cadangan zalim regim khalid ibrahim yang melakukan tindakan mengugut YBK untuk tidak dapat meneruskan projek pembinaan kampus UITM serendah, jika jawatan tertinggi YBK tidak diberikan kepada khalid ibrahim.


JAWAPAN BALAS KEPADA SIARAN AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR
PADA 7 JANUARI 2009

kenyataan regim khalid tentang isu ;
Keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil bahagian dalam operasi Yayasan
Basmi Kemiskinan (YBK) adalah untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban
dalam mengurus tadbir sumber negeri yang diserahkan kepada yayasan tersebut.

jawapan rasmi YBK:
1. Sebagai badan NGO yang ditubuhkan dibawah Akta Amanah, Ordinan 1952, YBK
tertakluk kepada keperluan Akta yang memerlukannya senantiasa telus dalam
aktivitinya untuk ia terus beroperasi. Ini telah termaktub dalam Seksyen 15 Akta
Amanah Ordinan 1952.

2. YBK tanpa gagal telah mengemukakan penyata kewangannya setiap tahun sejak
penubuhannya pada tahun 1990 dan ianya juga boleh disemak setiap masa oleh
orang ramai di laman webnya atau mendapat naskah cetak dari pejabat YBK.

3. Malahan pada bulan Mei 2009, YBK telah memberi taklimat operasi kepada Exco
Kerajaan Negeri Selangor dan perjumpaan itu telah memutuskan akan
mengadakan perbincangan lanjut bagaimana Kerajaan Negeri dan YBK dapat
bekerjasama dalam melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan dalam
negeri Selangor.

kenyataan regim khalid tentang isu;
Kerajaan Negeri telah membuat keputusan pada 20 Oktober lalu untuk melantik dua wakil
daripada kerajaan negeri supaya duduk di dalam Lembaga Pengarah YBK dan berpendapat
Dato’ Menteri Besar perlu dilantik sebagai pengerusi YBK dan sementara Exco Selangor
yang memegang portfolio kebajikan dilantik sebagai anggota lembaga.

jawapan rasmi YBK:
1. Pada mesyuarat-mesyuarat terdahulu , Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan
YBK melantik 2 orang wakil kerajaan Negeri iaitu YB Rodziah Ismail dan wakil dari
UPEN untuk dijadikan ahli lembaga pengarah. YBK telah bersetuju dengan
perlantikan YB Rodziah dan Pegawai Kewangan Negeri sebagai ahli lembaga
pengarah sebagai memenuhi keperluan mendapatkan kelulusan kerajaan negeri.

2. Susulan dari persetujuan tersebut satu lagi mesyuarat telah diadakan dan YBK telah
diarah pula untuk melantik Y.A.B Dato’ Menteri Besar sebagai pengerusi dan 3 wakil
Kerajaan Negeri sebagai ahli lembaga pengarah. Jika YBK tidak bersetuju, semua
urusan pembangunan hendaklah dihentikan dan tanah-tanah milik YBK akan
dirampas kembali kerana tidak membayar cukai tanah yang tertunggak.

Keputusan ini diambil kerana kerajaan negeri khuatir dengan masalah ketelusan dalam
memastikan sumber kewangan yayasan itu diurus tadbir dengan baik dan memberi
manafaat kepada golongan miskin di Selangor. Sumber kewangan ini termasuk 448 ekar
tanah di Serendah.

kenyataan regim khalid tentang isu;
Memandangkan kerajaan negeri telah memberi tapak tanah yang nilainya berjuta ringgit
kepada yayasan tersebut, kami perlu memastikan orang miskin di Selangor mendapat
faedah daripada penggunaan tanah tersebut. Ini bukan keputusan bermotif politik, tetapi
satu langkah untuk memastikan sumber negeri diuruskan dengan telus dan
bertanggungjawaban,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

jawapan rasmi YBK:
1. Tanah seluas 448 ekar tersebut adalah milik YBK yang telah membayar premium
tanah semasa pemilikan tanah tersebut. Walaupun terdapat tunggakan cukai tanah
yang belum berbayar , namun cukai tersebut sedang dalam proses pembayaran
berperingkat setelah YBK mendapat konsesi pembinaan kampus UITM.

2. YBK, dibawa tatacara penubuhannya telah dan sedang mengadakan program
berterusan untuk membasmi kemiskinan kepada kumpulan sasaran berdasarkan
paras garis kemiskinan Negara. Program pembasmian kemiskinan ini tidak terhad
dalam negeri Selangor sahaja tetapi juga di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain.

3. Arahan Y.A.B Dato’ Menteri Besar bahawa perlantikannya sebagai pengerusi
berdasarkan jawatan tidak dapat dipenuhi kerana tidak ada peruntukan didalam
Akta Amanah dan dibawah Artikel 2, suratcara penubuhan, YBK tidak hanya untuk
kepentingan rakyat Selangor sahaja mahupun dibawah nama negeri Selangor atau
pentadbirannya.

4. YBK dipengerusikan oleh Dato’ Zainal Abidin Hj Sakom yang telah melibatkan diri
secara sepenuh masa setiap hari dalam memastikan perlaksanaan projek-projek
pembasmian kemiskinan YBK. YBK meragui kemampuan Y.A.B Dato’ Menteri Besar
selaku pemimpin utama Negeri dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pengerusi YBK
dengan memberi tumpuan tidak berbelah bagi pada perjalanan YBK sebagaimana
yang dilakukan oleh Pengerusinya sekarang sejak 20 tahun dahulu.

kenyataan regim khalid tentang isu;
Khalid berkata kerajaan negeri boleh mengambil bahagian dalam entiti bukan kerajaan
yang menerima dana kerajaan. “Ini bukan konsep baru. Persatuan Bola Sepak Selangor
juga bukan satu entiti kerajaan tapi ianya dipengerusikan oleh Menteri Besar juga
menerima dana kerajaan.”

jawapan rasmi YBK:
1. YBK tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan kewangan dari Kerajaan
Negeri Selangor. Persatuan Bolasepak Selangor adalah sebuah persatuan sukan yang
ditubuhkan dibawah Akta Sukan untuk mengendalikan pasukan bolasepak negeri
Selangor dan aktiviti-aktiviti berkaitan. YBK ditubuhkan dibawah akta Amanah dan
tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dibawahnya.

2. Sejak penubuhannya, YBK tidak pernah berniat untuk dijadikan sebagai salah satu
badan atau organisasi dibawah kawalan kerajaan negeri seperti Persatuan Bolasepak
Selangor.

kenyataan regim khalid tentang isu;
Tambah Khalid lagi, pembabitan kerajaan negeri tidak akan mengganggu program
membasmi kemiskinan di Selangor yang dijalankan oleh yayasan tersebut. “Melalui
kerjasama semua pihak, kami akan bertambah baik dan akan wujud ‘check and balance’.
Malah dengan pembabitan Kerajaan Negeri, kami boleh memberi lebih banyak sumber
kepada yayasan itu,” kata Menteri Besar.

jawapan rasmi YBK:
1. Sejak dari penubuhannya, YBK telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk
membasmi kemiskinan di Negeri Selangor. Ini dapat dilihat dari lapuran-lapuran
aktivitinya.

2. Kerajaan Negeri dalam mendesak perlantikan Y.A.B Dato’ Menteri Besar sebagai
pengerusi dan pada awalnya 4 jawatan ahli lembaga pengarah dengan secara
langsung tidak menunjukan semangat untuk bekerjasama dan ingin membabitkan
diri secara langsung.

3. Jika YBK memperakui desakan Y.A.B Dato’ Menteri Besar kepada jawatan-jawatan
tersebut, ini tidak akan mewujudkan ‘check and balance’ kerana penjawat-penjawat
utama YBK juga merupakan penjawat-penjawat utama jawatan di negeri Selangor.

4. YBK menghargai niat Y.A.B. Dato’ Menteri Besar yang menyatakan melalui
pembabitan lebih Kerajaan Negeri, lebih banyak sumber boleh disalurkan kepada
YBK. Namun YBK percaya bahawa adalah lebih baik baginya meneruskan usahanya
sendiri dalam menjana dana bagi aktiviti tanpa penglibatan mana-mana pihak agar
ianya tidak terikat kepada apa-apa syarat. Malahan sumber kerajaan negeri boleh
disalurkan terus melalui projek-projek pembasmian kemiskinannya atau mana-mana
yang dirasakan perlu.

kenyataan regim khalid tentang isu;
Kerajaan negeri berharap isu ini tidak akan dipolitikan lagi kerana keputusan telahpun
dibuat atas dasar kepentingan rakyat Selangor.

jawapan rasmi YBK:
1. YBK tidak pernah berhasrat untuk mempolitikan isu ini malahan YBK tidak pernah
menjadikan agenda politik matlamatnya. YBK hanya ingin memaklumkan bahawa
YBK hanya tidak dapat meneruskan cadangan projek pembangunannya kerana
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

2. YBK telah memenuhi kesemua syarat-syarat pembinaan kampus cawangan UITM
termasuk mendapat kelulusan dari agensi-agensi berkaitan dan menyediakan
lapuran EIA. Hanya yang diperlukan ialah kelulusan Kerajaan Negeri untuk
meluluskan pelan perancangan projek.

3. YBK telah memberi cadangan pembayaran secara berperingkat untuk melunaskan
bayaran cukai tanahnya yang tertunggak sehingga sanggup menyerahkan
tanahmiliknya kepada kerajaan Negeri Selangor bagi mempercepatkan proses
kelulusan tersebut namun syarat tambahan telah diadakan oleh Y.A.B. Menteri Besar
yang tidak berkaitan langsung dengan tunggakan cukai ataupun perlaksanaan projek
pembangunan tersebut.

4. YBK telah merancang menggunakan keuntungan dari konsesi pembinaan kampus
UITM ini yang selama 20 tahun untuk tujuan aktiviti-aktivitinya dan tidak perlu lagi
mengharapkan bantuan orang ramai mahupun memohon dari kerajaan negeri. Ini
telah dimaklumkan sejak awal lagi kepada mereka-mereka yang berkaitan termasuk
Kerajaan Negeri.

5. Sepanjang perbincangan dan mesyuarat bersama anggota Kerajaan Negeri, tidak
pernah sekali pun Y.A.B. Dato’ Menteri Besar atau wakilnya menimbulkan isu atau
cadangan program pembasmian kemiskinan di negeri Selangor tetapi hanya
menekankan kepada perlantikan beliau sebagai Pengerusi dan YB Rodziah ke
lembaga pengarah YBK. Malahan jika perlantikan tersebut tidak dipersetujui, pihak
kerajaan negeri tidak akan meluluskan perlaksanaan projek pembangunan ini.

6. Demi menjaga entigriti YBK, ahli lembaga pengarah yang sedia ada tidak dapat
menerima arahan tersebut dan dengan itu membuat keputusan untuk tidak
meneruskan projek pembangunan in di negeri Selangor dan akan mencari tapak
alternatif. Ini untuk memastikan YBK dapat meneruskan misinya dalam membasmi
kemiskinan bukan sahaja dinegeri Selangor malahan diseluruh Malaysia

2 comments:

  1. Itulah dia... semuanya dia nak kontrol, supaya dapat merakyatkan ekonomi, meng'kaya'kan kroni.

    Jawapan sengal apabila mengambil contoh dari FAS. Tgk perlembagaan FAS dulu, dan tgk amalan FAS, MB automatik jadi boss. Tapi, YBK kan berbeza. Anda lihatlah sendiri tahap iq kambing pandai skit diorang nih.

    Dasar perampas hak rakyat!!!

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete
  2. Khalid diarahkan oleh DAP utk bertindak sedemikian rupa!
    Ingatkah dulu duit Baitulmar pun dia nak sapu?

    ReplyDelete