memang benar apa yang dikata, mengapa kerana ianya gerakan membantu bangsa melayu,pakatan selangor tanpa segan silu cuba untuk menghapuskannya ?
kenapa begitu rasis terhadap bangsa melayu ? KLIK SINI
Shah Alam - YBK dipimpin oleh Dato Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, warga kerja YBK, Alumni Pusat Latihan YBK, anak-anak Asrama Kasih serta beberapa NGO berhimpun di hadapan Balai Polis IPD Shah Alam telah membuat laporan polis berkenaan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
KENYATAAN MEDIA
YAYASAN BASMI KEMISKINAN
29 Januari 2010
Kami menbuat laporan-laporan polis tersebut agar pihak Polis DiRaja Malaysia dapat melakukan siasatan terperinci terhadap beberapa isi kandungan kenyataan-kenyataan media yang telah dibuat oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor melalui Setiausaha Politiknya dan Sekretariat Akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor
Kami memandang serius terhadap segala tuduhan dan kenyataan-kenyataan tersebut yang telah dilemparkan kepada organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan. Yayasan Basmi Kemiskinan hanyalah bermatlamatkan sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang prihatin dan luhur dalam membantu dan mengatasi masalah kemiskinan di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Kami percaya bahawa kenyataan-kenyataan media tersebut yang disebarkan kepada media dan kemudiannya telah dilaporkan di akhbar-akhbar perdana adalah palsu, fitnah, berniat jahat, berunsur jenayah dan bermotifkan politik semata-mata. Akibat daripada kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah tersebut, segala imej dan reputasi termasuk seluruh warga organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan telah tercemar.
Oleh yang demikian, di atas kesedaran betapa perlunya maruah Yayasan Basmi Kemiskinan dipelihara dan untuk membersihkan imej, reputasi dan nama baik Yayasan Basmi Kemiskinan, kami membuat laporan polis ini agar pihak polis memulakan siasatan dan mengenalpasti mereka yang berniat jahat ini dengan kenyataan-kenyataan, tuduhan, tohmahan dan fitnah yang tidak berasas sama sekali tersebut dan tidak bertanggungjawab.
Dato’ Haji Zainal Abidin Bin Haji Sakom
( Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan )
Kampus YBK pindah ke Melaka - 25/1/2010
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan dibina oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor dipindahkan ke Jasin, Melaka.
Menurutnya, cadangan asal pembinaan kampus itu yang sepatutnya didirikan di Serendah, Rawang telah dibatalkan ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek tersebut.
"Isu ini sebenarnya cuma melibatkan persoalan tapak untuk membina kampus UiTM dan ia bukannya berkaitan dengan ketelusan tender seperti yang dipersoal oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Persatuan Kebangsaan IPTS (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) Bumiputra Malaysia (PKIBM) 2010 di sini hari ini.
Masalah kelulusan tapak itu bermula apabila YBK enggan mengikut syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu mesti melantik Menteri Besar dan seorang Exco sebagai anggota dalam lembaga yayasan tersebut.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, didakwa ingin memegang jawatan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor kerana mahu menguasai projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) bernilai RM300 juta.
Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata selama 20 tahun YBK ditubuhkan tiada pihak campur tangan dalam pertubuhan itu sehingga Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) mendapat projek pembinaan kampus UiTM.
“Tindakan (Khalid) ini lebih kepada emosi, mudah saja kerana Pengerusi YBK kini ialah ahli Umno seumur hidup. Khalid juga mahu menjadi pengerusi yayasan ini kerana YBK mendapat projek membina UiTM bernilai RM300 juta.
“Kononnya projek RM300 juta tidak mampu ditadbir YBK, yang mampu hanyalah Khalid kerana orang lain juga tidak telus dan yang telus hanyalah Khalid,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini Zainal dilaporkan berkata, YBK tidak akan tunduk kepada ugutan kerajaan negeri yang ingin menyekat segala kegiatan yayasan jika tidak mematuhi syarat ditetapkan.
Yayasan yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, bercadang untuk membangunkan tanah seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah, Rawang menerusi tanah miliknya yang dianugerahkan kerajaan negeri terdahulu sekitar 1995.
Mengulas kenyataan Khalid bahawa laporan audit yang memperincikan operasi YBK termasuk jumlah dana dan harta disumbangkan kerajaan negeri serta bagaimana ia digunakan untuk membantu golongan miskin dijangka siap akhir bulan ini bagi menyelesaikan kontroversi berkenaan, Zainal berkata, sehingga kini kerajaan negeri belum menghantar surat rasmi bagi memaklumkan audit terhadap pertubuhan berkenaan.
“Belum ada surat dihantar kepada YBK berhubung perkara itu (audit), cuma yang ada hanya surat untuk Khalid ambil alih jawatan pengerusi dan merampas tanah YBK.
“Apa yang didakwa Khalid (audit) itu hanya bersifat politik. Kalau beliau jumpa benda tidak elok dalam YBK laporkan saja kepada pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata, sejak penubuhannya, YBK mampu bergerak sendiri dalam mencari pendapatan sehingga menjadi pertubuhan yang pesat berkembang dan laporan perkembangannya turut diserahkan kepada pengasasnya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, laporan itu diserahkan dalam satu mesyuarat dengan Exco-Exco berkenaan.
"Memang kita pernah bentangkan laporan YBK kepada Exco kerajaan negeri tahun lepas dalam satu mesyuarat yang diadakan. Malangnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menyertai pertemuan tersebut.
"Semalam beliau (Abdul Khalid) mengatakan YBK tidak pernah mengemukakan laporan mengenai status yayasan ini kepada kerajaan negeri,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan Abdul Khalid bahawa YBK tidak telus dalam melaksanakan peranannya membantu mengurangkan masalah kemiskinan di negeri itu.
Tuduhan itu dibuat selepas yayasan itu menolak syarat kerajaan negeri supaya melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi YBK untuk kelulusan projek pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik yayasan itu di Serendah.
Menurut Abdul Khalid, YBK tidak pernah mengumumkan program atau perbelanjaannya dalam usaha membasmi kemiskinan kepada kerajaan negeri pimpinannya sedangkan dana dan harta yang dimiliki YBK hari ini adalah sumbangan kerajaan negeri terdahulu.
Zainal Abidin menegaskan, tuduhan Abdul Khalid itu tidak berasas dan dibuat untuk melengah-lengahkan kelulusan pembinaan kampus UiTM di Serendah.Jelasnya, Menteri Besar seharusnya memeriksa terlebih dahulu laman web YBK, www.ybk.org.my yang menyiarkan segala laporan kewangan serta programnya sepanjang tahun sebelum membuat tuduhan tersebut.
Beliau menjelaskan, YBK yang ditubuhkan pada 1990 adalah tertakluk di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952.
Katanya, di bawah akta tersebut kerajaan negeri termasuk Menteri Besar tidak ada keutamaan untuk meminta YBK melaporkan kedudukan kewangan atau program yang dijalankan.
"Kecualilah mahkamah, Kementerian Kewangan atau Lembaga Pemegang Amanah YBK meminta supaya berbuat demikian," ujarnya. Namun jelasnya, YBK tetap mengemukakan laporan kepada kerajaan negeri seperti yang dilakukan sebelum ini atas rasa tanggungjawab.
Sambil berharap tawaran itu dipersetujui YBK, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri telah menyediakan satu kawasan seluas 87.2 hektar di Semujuk, Jasin dekat sini bagi pembinaan kampus tersebut.
Menurutnya, jika YBK bersetuju dengan tawaran itu, mereka boleh memulakan kerja pembinaan pada tahun ini juga."Kita juga telah menghantar surat kepada yayasan berkenaan dan pada dasarnya, mereka sudah bersetuju.
"Kini, kita hanya menunggu keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada meluluskannya atau tidak," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini tentang YBK yang mungkin mencari tapak lain bagi membina kampus baru itu ekoran masalah yang dihadapi dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
YBK yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, bercadang membangunkan tanah seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah menerusi tanah miliknya yang dianugerahkan kerajaan negeri Selangor pada 1995.
Proses untuk memulakan projek itu sudah pun dimulakan oleh anak syarikatnya, Permodalan YBK Sdn. Bhd. (PYBK) dan telah mendapat kelulusan pelbagai pihak termasuk majlis daerah.