
memang benar apa yang dikata, mengapa kerana ianya gerakan membantu bangsa melayu,pakatan selangor tanpa segan silu cuba untuk menghapuskannya ?
kenapa begitu rasis terhadap bangsa melayu ? KLIK SINI
Shah Alam - YBK dipimpin oleh Dato Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, warga kerja YBK, Alumni Pusat Latihan YBK, anak-anak Asrama Kasih serta beberapa NGO berhimpun di hadapan Balai Polis IPD Shah Alam telah membuat laporan polis berkenaan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
KENYATAAN MEDIA
YAYASAN BASMI KEMISKINAN
29 Januari 2010
Kami menbuat laporan-laporan polis tersebut agar pihak Polis DiRaja Malaysia dapat melakukan siasatan terperinci terhadap beberapa isi kandungan kenyataan-kenyataan media yang telah dibuat oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor melalui Setiausaha Politiknya dan Sekretariat Akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor
Kami memandang serius terhadap segala tuduhan dan kenyataan-kenyataan tersebut yang telah dilemparkan kepada organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan. Yayasan Basmi Kemiskinan hanyalah bermatlamatkan sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang prihatin dan luhur dalam membantu dan mengatasi masalah kemiskinan di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Kami percaya bahawa kenyataan-kenyataan media tersebut yang disebarkan kepada media dan kemudiannya telah dilaporkan di akhbar-akhbar perdana adalah palsu, fitnah, berniat jahat, berunsur jenayah dan bermotifkan politik semata-mata. Akibat daripada kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah tersebut, segala imej dan reputasi termasuk seluruh warga organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan telah tercemar.
Oleh yang demikian, di atas kesedaran betapa perlunya maruah Yayasan Basmi Kemiskinan dipelihara dan untuk membersihkan imej, reputasi dan nama baik Yayasan Basmi Kemiskinan, kami membuat laporan polis ini agar pihak polis memulakan siasatan dan mengenalpasti mereka yang berniat jahat ini dengan kenyataan-kenyataan, tuduhan, tohmahan dan fitnah yang tidak berasas sama sekali tersebut dan tidak bertanggungjawab.
Dato’ Haji Zainal Abidin Bin Haji Sakom
( Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan )
Kampus YBK pindah ke Melaka - 25/1/2010
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan dibina oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor dipindahkan ke Jasin, Melaka.
Menurutnya, cadangan asal pembinaan kampus itu yang sepatutnya didirikan di Serendah, Rawang telah dibatalkan ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek tersebut.
"Isu ini sebenarnya cuma melibatkan persoalan tapak untuk membina kampus UiTM dan ia bukannya berkaitan dengan ketelusan tender seperti yang dipersoal oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Persatuan Kebangsaan IPTS (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) Bumiputra Malaysia (PKIBM) 2010 di sini hari ini.
Masalah kelulusan tapak itu bermula apabila YBK enggan mengikut syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu mesti melantik Menteri Besar dan seorang Exco sebagai anggota dalam lembaga yayasan tersebut.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, didakwa ingin memegang jawatan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor kerana mahu menguasai projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) bernilai RM300 juta.
Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata selama 20 tahun YBK ditubuhkan tiada pihak campur tangan dalam pertubuhan itu sehingga Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) mendapat projek pembinaan kampus UiTM.
“Tindakan (Khalid) ini lebih kepada emosi, mudah saja kerana Pengerusi YBK kini ialah ahli Umno seumur hidup. Khalid juga mahu menjadi pengerusi yayasan ini kerana YBK mendapat projek membina UiTM bernilai RM300 juta.
“Kononnya projek RM300 juta tidak mampu ditadbir YBK, yang mampu hanyalah Khalid kerana orang lain juga tidak telus dan yang telus hanyalah Khalid,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini Zainal dilaporkan berkata, YBK tidak akan tunduk kepada ugutan kerajaan negeri yang ingin menyekat segala kegiatan yayasan jika tidak mematuhi syarat ditetapkan.
Yayasan yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, bercadang untuk membangunkan tanah seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah, Rawang menerusi tanah miliknya yang dianugerahkan kerajaan negeri terdahulu sekitar 1995.
Mengulas kenyataan Khalid bahawa laporan audit yang memperincikan operasi YBK termasuk jumlah dana dan harta disumbangkan kerajaan negeri serta bagaimana ia digunakan untuk membantu golongan miskin dijangka siap akhir bulan ini bagi menyelesaikan kontroversi berkenaan, Zainal berkata, sehingga kini kerajaan negeri belum menghantar surat rasmi bagi memaklumkan audit terhadap pertubuhan berkenaan.
“Belum ada surat dihantar kepada YBK berhubung perkara itu (audit), cuma yang ada hanya surat untuk Khalid ambil alih jawatan pengerusi dan merampas tanah YBK.
“Apa yang didakwa Khalid (audit) itu hanya bersifat politik. Kalau beliau jumpa benda tidak elok dalam YBK laporkan saja kepada pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata, sejak penubuhannya, YBK mampu bergerak sendiri dalam mencari pendapatan sehingga menjadi pertubuhan yang pesat berkembang dan laporan perkembangannya turut diserahkan kepada pengasasnya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, laporan itu diserahkan dalam satu mesyuarat dengan Exco-Exco berkenaan.
"Memang kita pernah bentangkan laporan YBK kepada Exco kerajaan negeri tahun lepas dalam satu mesyuarat yang diadakan. Malangnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menyertai pertemuan tersebut.
"Semalam beliau (Abdul Khalid) mengatakan YBK tidak pernah mengemukakan laporan mengenai status yayasan ini kepada kerajaan negeri,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan Abdul Khalid bahawa YBK tidak telus dalam melaksanakan peranannya membantu mengurangkan masalah kemiskinan di negeri itu.
Tuduhan itu dibuat selepas yayasan itu menolak syarat kerajaan negeri supaya melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi YBK untuk kelulusan projek pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik yayasan itu di Serendah.
Menurut Abdul Khalid, YBK tidak pernah mengumumkan program atau perbelanjaannya dalam usaha membasmi kemiskinan kepada kerajaan negeri pimpinannya sedangkan dana dan harta yang dimiliki YBK hari ini adalah sumbangan kerajaan negeri terdahulu.
Zainal Abidin menegaskan, tuduhan Abdul Khalid itu tidak berasas dan dibuat untuk melengah-lengahkan kelulusan pembinaan kampus UiTM di Serendah.Jelasnya, Menteri Besar seharusnya memeriksa terlebih dahulu laman web YBK, www.ybk.org.my yang menyiarkan segala laporan kewangan serta programnya sepanjang tahun sebelum membuat tuduhan tersebut.
Beliau menjelaskan, YBK yang ditubuhkan pada 1990 adalah tertakluk di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952.
Katanya, di bawah akta tersebut kerajaan negeri termasuk Menteri Besar tidak ada keutamaan untuk meminta YBK melaporkan kedudukan kewangan atau program yang dijalankan.
"Kecualilah mahkamah, Kementerian Kewangan atau Lembaga Pemegang Amanah YBK meminta supaya berbuat demikian," ujarnya. Namun jelasnya, YBK tetap mengemukakan laporan kepada kerajaan negeri seperti yang dilakukan sebelum ini atas rasa tanggungjawab.
Sambil berharap tawaran itu dipersetujui YBK, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri telah menyediakan satu kawasan seluas 87.2 hektar di Semujuk, Jasin dekat sini bagi pembinaan kampus tersebut.
Menurutnya, jika YBK bersetuju dengan tawaran itu, mereka boleh memulakan kerja pembinaan pada tahun ini juga."Kita juga telah menghantar surat kepada yayasan berkenaan dan pada dasarnya, mereka sudah bersetuju.
"Kini, kita hanya menunggu keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada meluluskannya atau tidak," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini tentang YBK yang mungkin mencari tapak lain bagi membina kampus baru itu ekoran masalah yang dihadapi dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
YBK yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, bercadang membangunkan tanah seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah menerusi tanah miliknya yang dianugerahkan kerajaan negeri Selangor pada 1995.
Proses untuk memulakan projek itu sudah pun dimulakan oleh anak syarikatnya, Permodalan YBK Sdn. Bhd. (PYBK) dan telah mendapat kelulusan pelbagai pihak termasuk majlis daerah.
12 JAN. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH TERIMA ADUAN.
rakyat diajak untuk meneliti kronologi cubaan merampas hak YBK yang dilakukan oleh regim khalid ibrahim. artikel ini adalah siri sambungan pendedahan rampasan.
sebuah NGO yang digelar bersih bangun selangor (BEBAS) telah membuat laporan kepad SPRM di atas tindakan menteri besar selangor yang didakwa menyalahgunakan kuasa.
pengerusi NGO tersebut mendakwa ada terdapat elemen ugutan dalam tatacara regim pakatan selangor cuba merampas hak YBK.
khalid ibrahim seperti biasa,mempertahankan usaha zalimnya.
disinilah saat bermulanya penglibatan seluruh rakyat selangor mempertahankan perjuangan YBK daripada dizalimi oleh regim pakatan selangor !
![]() |
* RMK10: 10 PREMIS UTAMA
![]() |
Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.
Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK
Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.
Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.
* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.
* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti: (i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur
* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.
* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.
* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.
*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.
*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.
*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.
*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.
*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.
*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.
*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.
*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.
*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf. *Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.
*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara. *Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.
*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.
*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.
*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.
*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.
*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:
![]() |
Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.
Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.
Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.
Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.
* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.
* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.
* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.
* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.
* Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.
* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.
* Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.
* Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan dengan menambah bilangan guru berkualiti.
* Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.
* Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.
* Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.
* Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.
* Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.
* RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.
* Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.
* Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.
* Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.
* Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.
* Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.
* RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.
* Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.
*Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.
* Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.
* MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.
* Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.
* Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.
* Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat dan berbeza mengikut tahap kemahiran. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan akan ditingkatkan setiap tahun.
* Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.
* Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.
* Perancangan strategik dan terurus bagi mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman.
* Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.
* Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak.
* Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.
* Pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi di Greater Kuala Lumpur meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan penumpang sistem pengangkutan bandar masa kini.
* Meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala Lumpur daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015.
* Sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar raya lain, iaitu sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, dan jumlah bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.
* Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama RMK10.
* 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK10.
* Dana RM500 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta berdasarkan perkongsian 50-50 kerajaan dengan pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.
Walau bagaimanapun sementara PYBK yang telah mendapat semua kelulusan teknikal dari pihak berwajib, Kerajaan Negeri telah memberi syarat YAB Dato Menteri Besar hendaklah dilantik menjadi Pengerusi YBK sebagai PRASYARAT untuk Kerajaan Negeri meluluskan kebenaran merancang pembangunan kampus UiTM di atas tanah yang dimiliki oleh PYBK
Kerajaan Negeri juga mencadangkan supaya 3 orang wakil kerajaan negeri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK sebelum permohonan kebenaran merancang dipertimbangkan.
Oleh itu dalam sidang media tersebut Dato Pengerusi YBK telah menyediakan kenyataan akhbar terhadap kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Selangor(7/1/2010) atas isu tersebut.
Dato Pengerusi juga memohon YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya tawaran membangunkan kampus UiTM di Serendah dipindahkan ke negeri lain.
Dan beliau juga merayu agar pihak koperat membantu YBK menyelamatkan tanah-tanah PYBK sebelum dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana tunggakan cukai tanah hampir RM6juta yang membolehkan kerajaan negeri merampas tanah YBK tersebut.
malah cadangan projek (RM300 juta) membina kampus UITM di serendah yang diuruskan oleh anak syarikat YBK iaitu permodalan YBK, juga telah diberi amaran oleh exco kerajaan negeri untuk tidak meneruskan projek tersebut selagi YBK tidak memenuhi arahan meletakkan khalid ibrahim dan rodziah dalam jawatan tertinggi YBK.
kenyataan ugutan ini rupanya telah diputuskan dalam 2 mesyuarat exco kerajaan negeri selangor, bertarikh 1 dan 14 oktober 2009.
alasan ugutan rampasan tanah milik YBK, adalah kerana YBK ada sewa tertunggak yang belum dibayar.
YBK telah menjelaskan bahawa tanah milikan mereka yang seluas 1642 ekar itu telah dianugerahkan oleh kerajaan negeri pada tahun 1995. namun atas permaslahan kegawatan ekonomi yang melanda malaysia dan seluruh dunia pada 1997 (krisis matawang) maka usaha mendapatkan projek terbantut.
walau bagaimanapun pihak YBK tetap mahu melunaskan sewa yang tertunggak kerana yakin cadangan projek pembinaan kampus UITM di serendah boleh menyelesaikan segala masalah.perkara ini telah diberitahu kepada regim pakatan selangor.
cadangan pembinaan kampus UITM serendah ini sebenarnya telah diluluskan oleh unit perancang ekonomi (EPU) pada tahun 2008 dan majlis daerah hulu selangor.
walau bagaimana pun,regim pakatan selangor tetap tidak mahu meluluskan projek ini selagi syarat mereka tidak dipenuhi.
apa syaratnya ?
melantik khalid ibrahim dan rodziah ismail sebagai pengarah tertinggi YBK.
Taklimat Operasi YBK Kepada EXCO Selangor, 8/5/2009
tarikh 8/5/2009. disinilah pertemuan pertama YBK dan barisan exco kerajaan baru selangor.segala program dan maklumat YBK telah disampaikan kepada barisan exco kerajaan negeri.
disinilah bermula agenda penganiayaan terhadap YBK.
Shah Alam - YBK telah memberi Taklimat Operasi Yayasan Kepada 5 orang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Bangunan ANNEX DUN Selangor. Taklimat disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pegawai YBK menyentuh penubuhan YBK dan program sepanjang tahun 1993-2009.
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh YB Rodziah Isamil bersama YB Xavier Jayakumar, YB Yaakob Sapawi, YB Iskandar Abdul Samad dan YB Halimah Ali juga diberi penjelasan lanjut berkenaan YBK oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi) bersama Hj Bing Selamat Amir, Datin Hartini Osman dan Dato Dr Mat Yasir Ikhsan.
Perjumpaan juga memutuskan akan mengadakan perbincangan lanjut bagaimana Kerajaan Negeri dan YBK dapat bekerjasama dalam melaksanakan program-program pembasmian kemiskian dalam negeri Selangr di masa akan datang.
18 Ogos 1992 - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah merasmikan Pusat Latihan YBK di kawasan perindustrian Bandar Baru, Kuala Selangor. Pusat ini bertujuan untuk memberi kemahiran teknikal dalam bidang kejuruteraan kepada anak melayu dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah agar dapat berdaya maju.
Projek ini adalah merupakan projek membawa institusi pengajian ke luar Bandar dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui pembiayaan operasi dan pengurusan oleh pihak UMW dan Kontena Nasional. Turut hadir ialah Dato Abdul Khalid Ibrahim (CEO PNB), CEO UMW dan Kontena Nasional serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Dalam ucapan beliau, MB mencadangkan syarikat swasta mewujudkan perkhidmatan korporat untuk masyarakat bagi memenuhi tanggungjawab social dengan mencontohi program One Percent Club di Jepun dimana setiap syarikat menyumbangkan 15 daripada keuntungan setiap tahun untuk kerja amal dan kebajikan..